Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

18,288 Pati Dihantar Pulang...

TAWAU - Sebanyak 18,288 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Sabah dihantar pulang...

Polis Rampas Dadah Bernilai...

KOTA KINABALU - Polis menahan seorang wanita dan merampas kira-kira 2.02 kilogram dadah...

SPRM, Jabatan Audit Negara...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Audit Negara (JAN) sedang...

Penghantar Barang Didakwa Buat...

KUALA LUMPUR - Seorang penghantar barang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di...

Kes Bella: Jangan Keluar Kenyataan Subjudis, Fitnah Atau Hina Mahkamah – Hakim

KUALA LUMPUR : Orang awam diberi amaran supaya tidak mengeluarkan kenyataan dalam media sosial yang bersifat subjudis, fitnah atau menghina mahkamah berhubung kes pengabaian dan penganiayaan remaja Sindrom Down dikenali sebagai Bella, kerana mereka boleh dikenakan tindakan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Hakim Izralizam Sanusi menegaskan peringatan itu, hari ini, termasuk kepada mereka yang menghadiri perbicaraan kes berkenaan di Mahkamah Sesyen, di sini.

Beliau berkata, pihak yang mempunyai kuasa mendakwa boleh mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang memuat naik kenyataan sedemikian.

Katanya, beliau akur bahawa setiap rakyat Malaysia ada kebebasan bersuara, namun ada hadnya dan tidak boleh melanggar undang-undang.


Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan, iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan terbabit sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju, di sini, antara Februari hingga Jun 2021.

Siti Bainun dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori