Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Amuk Di Hospital Angkara...

CHICAGO - Seorang lelaki yang berang selepas tunangnya membatalkan perkahwinan mereka bertindak menembak...

Alex Digantung 8 Tahun...

JUARA sukan lumba jalan kaki 50 kilometer (km) Sukan Olimpik 2008, Alex Schwazer digantung daripada...

36 Pemain Jalani Latihan...

KUALA LUMPUR – Seramai 36 pemain disenarai pendek untuk menjalani sesi latihan pusat...

15,000 Pengguna TNB Nikmati...

KANGAR - Kira-kira 15,000 pengguna elektrik di negeri ini menikmati bekalan percuma kerana...

Ketua BN Selangor Lapor Polis Terhadap MB Kedah

Ketua Penerangan BN Selangor Isham Jalil membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor kerana membayangkannya mencipta dokumen Pasleak.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Isham berkata dia membuat laporan polis melalui pegawainya pagi tadi di Balai Polis Bandar Bukit Puchong.

Katanya, kenyataan Sanusi mempunyai elemen fitnah jenayah yang menjadi kesalahan bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan.

“Kenyataan-kenyataan menteri besar Kedah di atas adalah tidak benar, fitnah dan berniat jahat terhadap saya,” katanya dalam laporan polis yang dikongsi di media sosial hari ini.

Katanya, Sanusi di Alor Setar kelmarin menyebut:

“Saya (Sanusi) beranggapan dokumen itu dibuat laskar siber pihak yang dapat kepentingan daripada dokumen itu, contohnya Ketua Penerangan Umno Isham Jalil.”

Isham juga berkata Sanusi mendakwa Isham mempunyai kepentingan terhadap dokumen itu, “sedang guna dokumen itu” dan “ada potensi untuk buat dokumen.”


PASleak merujuk kepada butiran pertemuan pemimpin yang didakwa diusahakan pemimpin PAS dengan pemimpin pelbagai parti.

Ia antaranya menyebut tentang idea campur tangan dalam kes mahkamah bagi mempercepat hukuman terhadap presiden Umno Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri Najib Razak.

Pemimpin PAS menafikan kesahihan dokumen itu.

Isham semalam memberi kata dua kepada Sanusi–minta maaf dan menarik balik kenyataan dalam 48 jam atau berdepan tindakan undang-undang.

Katanya, walaupun Sanusi menggunakan perkataan “mungkin”, ia tidak membebaskannya daripada didakwa kerana memfitnah.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori