Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Perbicaraan Kes Hasanah Ditetapkan...

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menetapkan 15 hari bermula...

Pegawai Kanan MAHB Bebas...

PUTRAJAYA - Seorang pegawai kanan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang direman sejak...

Kes Syed Saddiq Dipindah...

Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini memindahkan kes Ahli Parlimen Muar Syed...

Hukuman Penjara Ibu Tampar...

GEORGE TOWN - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan...

KKM Sedia Bantu Kaji Kebaikan Ganja

KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan (KKM) menggalakkan kerjasama industri atau ahli akademik dalam penyelidikan klinikal penggunaan kanabis atau ganja dalam perubatan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata setakat ini, KKM tidak menerima laporan penuh mengenai kegunaan CBD atau ‘cannabidiol’ (antara kandungan aktif dalam pokok kanabis) untuk tujuan perubatan.

“Sejak kebelakangan ini, banyak perbincangan mengenai penggunaan ganja dalam perubatan.

“Namun, KKM konsisten dalam mengamalkan dasar berasaskan bukti. Sebab itulah kita mengalu-alukan kajian klinikal penggunaan CBD untuk tujuan perubatan,” katanya menerusi ciapan twitter, hari ini.


Khairy berkata, kerjasama membabitkan industri atau ahli akademik itu boleh diselaraskan dengan Institut Penyelidikan Klinikal dan Clinical Research Malaysia (CRM) yang diwujudkan KKM, sejak 2012.

“Setakat ini, hanya banyak luahan minat, ceramah dan advokasi dalam media sosial.

“KKM amat mengalu-alukan penyelidikan terbabit dimulakan industri atau ahli akademik. Kami sedia bekerjasama,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori