Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Lelaki Bangladesh Liwat Kanak-Kanak...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga Bangladesh ditahan dipercayai meliwat kanak-kanak lelaki berusia...

TVET Bukan Lagi Pilihan...

KOTA BHARU - Bidang Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) bukan lagi pilihan...

BN Sarawak Perlu Bincang...

KUCHING - Keempat-empat parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak perlu duduk semeja untuk...

Robert Kuok Mahu Ambil...

KUALA LUMPUR - Bilionair Malaysia Tan Sri Robert Kuok berkata beliau akan mengambil tindakan...

Kotak Hitam Rosak, Punca Nahas Masih Tidak Diketahui

BEIJING: Siasatan awal China terhadap nahas pesawat China Eastern Airlines 5735 yang terhempas di pergunungan di wilayah Guangxi, selatan China bulan lalu, tidak mengenal pasti puncanya, menurut laporan yang dikeluarkan semalam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Laporan yang dikeluarkan Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) itu tidak memberikan butiran lanjut mengenai kemungkinan sebab nahas itu.

Kemas kini itu dibuat selepas 30 hari berlalu sejak nahas iaitu tarikh akhir yang mana China dikehendaki menyerahkan laporan awal kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa.

Siasatan mendapati kelayakan kru penerbangan dan kabin “memenuhi keperluan”, dan perkara yang sama dikatakan mengenai kakitangan penyelenggaraan, kata CAAC dalam satu kenyataan.

“Sijil kelayakan terbang pesawat dalam kemalangan itu adalah sah,” kata kenyataan itu.

Tiada laporan kesalahan sebelum penerbangan, begitu juga kargo yang diisytiharkan sebagai barangan berbahaya di dalam pesawat, kata CAAC, sambil menyatakan tiada masalah dengan peralatan navigasi dan pemantauan.


Pesawat itu dilengkapi dengan dua perakam penerbangan iaitu suara kokpit dan penjejak data penerbangan di kabin penumpang belakang.

Peranti itu “rosak teruk akibat impak, dan kerja pemulihan dan analisis data masih dijalankan,” kata pihak berkuasa.

Pada 21 Mac lalu, pesawat China Eastern Airlines yang membawa 123 penumpang dan sembilan kru, dilaporkan terhempas di pergunungan di selatan China. Tiada mangsa terselamat.

Pesawat itu berlepas dari Kunming pada 1.11 tengah hari (waktu tempatan), menurut data FlightRadar24 dan dijadualkan mendarat di Guangzhou, pada 3.05 petang (waktu tempatan).

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori