Friday, January 10, 2025

Creating liberating content

Tiga Polis Cedera Dilanggar...

MELAKA : Polis berjaya memberkas dua lelaki bersama beberapa peket lutsinar dipercayai dadah...

Boikot Coca-Cola Hanya Akan...

KUALA LUMPUR - Gesaan supaya orang ramai memboikot produk Coca-Cola akan hanya memberi...

Polis Korea Selatan Temui...

SEOUL : Polis Korea Selatan mengenal pasti kamera pengintip dipasang di hampir 40...

M’sia, Australia Berterima Kasih...

KUALA LUMPUR - Malaysia dan Australia gembira dengan ikrar China untuk menyumbang A$20...

KPDNHEP Sahkan Terima 5 Aduan Kenderaan Asing Isi RON95 Di Johor

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesahkan lima aduan diterima pihaknya berkaitan kenderaan bernombor pendaftaran Singapura mengisi minyak bersubsidi RON95 di stesen minyak di Johor selepas pembukaan sempadan negara pada 1 April lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP, Azman Adam berkata, setakat ini pihaknya sudah mengenal pasti dua stesen minyak terbabit dalam kes ini dan siasatan sedang dijalankan di peringkat akhir, manakala tiga dalam siasatan.

Katanya, pihaknya memberi amaran kepada stesen minyak supaya tidak membenarkan kenderaan dari negara jiran membeli bahan bakar bersubsidi dan jika didapati bersalah boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Beliau berkata, KPDNHEP berterima kasih kepada pengguna yang menyalurkan maklumat berkenaan kes terbabit kerana ia membabitkan isu subsidi dan sekiranya banyak digunakan warga asing mungkin akan menjejaskan kuantiti bekalan.

“Kita akan segerakan siasatan dan ia perlu dilihat melalui banyak aspek seperti teknikal.

“Buat masa ini, saya tidak boleh mendedahkan syarikat terbabit dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1971,” katanya kepada pemberita pada temubual khas di sini, petang ini.

Azman berkata, pemantauan terhadap stesen minyak membabitkan pengisian petrol bersubsidi oleh kereta berpendaftaran negara asing sudah diadakan sejak 2018 lagi.


Katanya, sebanyak 281 stesen minyak yang berada dalam lingkungan 25 kilometer dari sempadan dua negara iaitu Thailand dan Singapura terbabit dalam penguatkuasaan ini dan pada 2020, kerajaan menambah baik dengan melarang motosikal berpendaftaran asing mengisi minyak RON 95.

beliau berkata, KPDNHEP juga sudah memperkenalkan pelekat dan amaran yang diletakkan di stesen minyak bagi melarang kenderaan berpendaftaran negara asing mengisi RON 95.

“Pegawai penguat kuasa juga mengadakan lawatan mengejut melalui Skuad Rondaan Khas bagi memantau stesen minyak di sempadan dan program ini akan diteruskan secara berkala dengan lebih ketat lagi,” katanya.

Sebelum ini tular di media sosial foto seorang lelaki dipercayai warga asing mengisi RON95 pada kenderaannya yang mempunyai nombor pendaftaran Singapura.

Kes berkenaan mendapat perhatian serius Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi yang kemudiannya mengarahkan Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP menjalankan siasatan serta-merta.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori