Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pejuang Kemuka Permohonan Mahu...

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengumumkan langkah terbaru mereka dalam politik dengan menyatakan...

Ceramah Mansuh Akta Hasutan...

Demonstrasi dan ceramah yang dianjurkan oleh Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) terganggu apabila sekitar 30...

Cuaca Panas: 8,500 Hektar...

KEPALA BATAS - Lebih 8,500 hektar sawah di Pulau Pinang mengalami masalah bekalan...

Maria Chin Ditahan Bagi...

KUALA LUMPUR - Penahanan penganjur perhimpunan Bersih 5,  Maria Chin Abdullah dibawah Akta...

KPLB Peruntuk RM24.8 Juta Untuk Felcra Berhad

LIPIS : Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memperuntukkan sebanyak RM24.8 juta kepada Felcra Berhad untuk pembangunan kemudahan asas dan kebajikan seramai 24,000 orang penduduk di negeri ini tahun ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, berkata menerusi peruntukan kajian semula Rancangan Malaysia Ke-12, kementerian itu memfokuskan usaha merapatkan jurang pendapatan antara bandar dan luar bandar.

”Kita telah dan akan melaksanakan pelbagai projek kemudahan asas untuk menjana pembangunan sosial dan modal insan serta meneruskan tumpuan meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar tahun ini.

“Inisiatif ini juga menunjukkan kerajaan komited memajukan penduduk luar bandar menerusi pelbagai sektor ekonomi yang dirancang oleh kementerian ini menerusi penyelenggaraan Felcra Berhad khususnya di Pahang,” katanya kepada pemberita sebelum Majlis Iftar Ramadan Warga FELCRA Kawasan Sungai Temau, Padang Tengku di sini petang semalam.

Yang hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Mustapa Long dan Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad, Datuk Mat Roni Zakaria.

Sebelum majlis berbuka puasa, Abdul Rahman turut menyampaikan replika cek agihan keuntungan akhir 2021 Fasa Dua untuk peserta Felcra Berhad Lipis.


Beliau turut menyampaikan sumbangan kepada Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Al-Ihsan Lipis serta kemudiannya menandatangani plak perasmian Pejabat FELCRA Berhad Kawasan Sungai Temau, Padang Tengku.

Menurut Abdul Rahman, sehingga bulan Julai 2020, Felcra Berhad telah berjaya membuka seluas 224,130 hektar tanah iaitu seluas 1,049 hektar untuk Projek Penyatuan dan Pemulihan, manakala 33,145 hektar lagi untuk pembangunan estet milik syarikat Felcra Berhad melibatkan penyertaan seramai 107,000 orang peserta atau penduduk di negeri ini.

“Sebanyak 298 buah projek yang diselenggarakan oleh Felcra Pahang Berhad iaitu di 32 buah kawasan telah dibuka secara keseluruhannya pembangunan tanah melebihi 52 ribu hektar di negeri ini,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lipis menambah komitmen yang ditunjukkan oleh pengurusan Felcra Berhad telah mengubah landskap pembangunan luar bandar di Pahang melalui peningkatan taraf hidup penduduk menerusi sektor perladangan komoditi utama.

”KPLB bertanggungjawab dengan terus menyokong pelaksanaan lebih banyak projek pembangunan berimpak tinggi menerusi setiap projek Felcra supaya dapat memberikan signifikan kepada peserta dan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat,” ujarnya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori