Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Kelindan Maut, 3 Cedera...

KULAI – Seorang lelaki berusia 21 tahun maut manakala tiga yang lain cedera...

Enggan Memori Dilamar Hilang,...

SEORANG wanita berusia 25 tahun bernama Youyou dari Hangzhou City di wilayah Zhejiang,...

Kualiti Udara Terus Pulih,...

KUALA LUMPUR - Kualiti udara negara terus menunjukkan perkembangan baik pagi ini, dengan...

Sudah Lebih 24 Jam,...

KUALA LUMPUR : Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang terjatuh...

Krisis Ekonomi Sri Lanka Berisiko Bawa Kebuluran

COLOMBO: Krisis ekonomi yang melumpuhkan Sri Lanka berisiko menyebabkan kebuluran di seluruh negara kepulauan dengan 22 juta penduduk itu, manakala kekurangan bekalan dan kegelapan akan menjadi lebih teruk, demikian amaran Speaker Parlimen, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Bekalan makanan dan bahan api yang terhad, dengan rekod inflasi serta kegelapan, membawa lebih banyak kesengsaraan di negara yang mengalami kemelesetan paling buruk, sejak kemerdekaannya daripada Britain pada 1948.

Kemarahan rakyat semakin memuncak, dengan orang ramai cuba menyerbu rumah beberapa tokoh kerajaan, termasuk Presiden Gotabaya Rajapaksa dan membuat demonstrasi besar di tempat lain.

Mahinda Yapa Abeywardana memberitahu Ahli Parlimen, lebih banyak kesukaran akan berlaku.

“Kami diberitahu ini adalah krisis yang paling teruk, tetapi saya fikir ini hanyalah permulaan,” kata Abeywardana pada permulaan perbahasan selama dua hari berhubung masalah ekonomi negara itu yang semakin buruk.

“Kekurangan makanan, gas dan elektrik akan menjadi lebih teruk. Kekurangan makanan yang sangat teruk dan kebuluran akan berlaku,” katanya.


Pasukan keselamatan menyuraikan protes dengan gas pemedih mata, meriam air dan peluru getah, namun situasi darurat yang dikuatkuasakan presiden minggu lalu untuk menghentikan demonstrasi ditarik semula pada tengah malam.

Lebih 60 orang yang ada kaitan dengan pergolakan ditangkap dan ramai yang mengatakan, mereka diseksa dalam tahanan polis.

Ahli Parlimen mendesak perbahasan mengenai dekri tergempar diadakan semasa sesi Parlimen minggu ini, ketika kerajaan sudah hilang majoriti selepas penyingkiran sekutu politik, dengan beberapa daripadanya menggesa peletakan jawatan Rajapaksa.

Parti pembangkang menolak cadangan presiden untuk membentuk pentadbiran perpaduan selepas peletakan jawatan hampir keseluruhan kabinet, lewat Ahad lalu.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada isyarat jelas yang Ahli Parlimen pembangkang akan cuba membawa usul undi tidak percaya bagi menjatuhkan pentadbiran Rajapaksa.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori