Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Covid-19: Satu Peringatan Agar...

BERAKHIR sudah tahun 2020, satu tahun yang perjalanannya umpama terpadam dalam kamus hidup sebahagian besar kita.

Agong Terima Menghadap Ketua...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari...

Suspek Tiada Tanda-tanda Berkaitan...

KUALA LUMPUR - Dua suspek yang ditahan dalam siasatan pembunuhan Kim Jong-nam tidak...

Harga Siling Topeng Muka...

PUTRAJAYA - Kerajaan menetapkan harga siling bagi topeng muka di negara ini adalah RM1.50.Menteri...

Ku Li Setuju Perlembagaan Parti Dipinda

GUA MUSANG : Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bersetuju perlembagaan parti dipinda menerusi Perhimpunan Agung UMNO Khas, pada 14 Mei nanti.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Bagaimanapun, beliau memaklumkan UMNO perlu menetapkan tarikh untuk melakukan pindaan agar pemilihan parti dapat diadakan pada tarikh dan bulan yang ditetapkan.

“Perlembagaan parti perlu dipinda kerana kita rasa malu apabila kadangkala melanggar perlembagaan kita. Melanggar peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh pihak berkuasa seperti pendaftar pertubuhan.

“Saya setuju dengan usul pindaan Perlembagaan parti, namun perlu ada tarikh yang tetap. Macam syarikat juga, apabila akaun sudah cukup atau genap setahun, maka ada masa dua tiga bulan mesti diadakan mesyuarat agung untuk bentangkan penyata dan untuk memilih pengarah-pengarah baharu.

“Sama juga dalam badan sukarela, seperti parti pun mesti ditetapkan awal. Jangan ada nak ubah-ubah, saya rasa tak adil,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Iftar Ramadan, di sini, malam tadi.


Beliau berkata demikian ketika mengulas Perhimpunan Agung UMNO Khas akan diadakan pada 14 Mei bagi melakukan pindaan Perlembagaan parti mengenai tempoh pemilihan.

Ditanya mengenai pencalonan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti, Tengku Razaleigh menyifatkan ia pilihan yang betul memandangkan Naib Presiden itu kini sudah menjadi Perdana Menteri.

Bagaimanapun katanya, sekiranya ada calon yang yang diletakkan, Ismail Sabri perlu akur dengan ketetapan parti.

“Dia (Ismail Sabri) hanya `poster boy’ untuk mengetuai kempen bagi memenangi PRU,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori