Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kereta Milik Pegawai Kastam...

 Kuasa yang diamanahkan pada pihak berkuasa tempatan sememangnya merupakan tanggungjawab yang sukar dan...

Keputusan Sumbangan Dana Selesai,...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata berikutan isu sumbangan kini...

“Kunjungan Ayda Tak Ganggu...

BARU-BARU ini kita dihebohkan dengan berita mengenai pelakon, Ayda Jebat dilihat sering kali...

Tabung Oksigen Nyawa Bob...

KEADAAN kesihatan pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman beransur pulih selepas terpaksa berulang...

Kuasa Tahan, Tangkap PATI Perkukuh Tugas TDM Di Sempadan

GERIK : Tentera Darat Malaysia (TDM) berharap mendapat hak kuasa memeriksa, menahan dan menangkap pendatang asing tanpa izin (PATI) yang menceroboh sempadan daratan negara.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain, berkata hak kuasa itu penting bagi memastikan tugasan yang dilaksanakan pasukannya mampu menangkis sebarang cubaan pencerobohan dan penyeludupan berlaku di sempadan negara.

“Kita (Tentera Darat) telah masih di dalam proses bagi memohon kelulusan hak kuasa itu daripada Majlis Keselamatan Negara.


“Hak kuasa ini amat diperlukan di kawasan operasi seperti di sempadan Thailand dan di sempadan Kalimantan,” katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama pasukannya di Markas Taktikal 749 Kem Sri Banding, semalam.

Dalam majlis itu, beliau turut menyampaikan beg dan bungkusan Hari Raya Aidilfitri kepada anggota Batalion Ke-15 Rejimen Askar Melayu Diraja (15 RAMD) yang sedang melaksanakan Operasi Benteng Kota Foxtrot/Echo dan Op PAGAR III.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori