Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Naluri Isteri Selamat Warga...

KUANTAN - Naluri seorang isteri menyelamatkan seorang warga emas daripada kerugian RM30,000 untuk...

Demam Kepialu Dikesan Bermula...

ORANG ramai tidak perlu panik dengan kes demam kepialu, sebaliknya perlu terus mempertingkatkan...

BR1M: 705,562 Terima Bantuan...

KUALA LUMPUR - Seramai 705,562 pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang tidak menerima...

Siap Sedia Pindahkan Rakyat...

PUCHONG - Kerajaan bersiap sedia memindahkan 220 rakyat Malaysia yang berada di Iran...

LADA Belanja RM95,000 Santuni B40 Sepanjang Ramadan

LANGKAWI : Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) memperuntukan RM95,000 bagi menyantuni golongan B40, asnaf dan anak yatim menerusi aktiviti kebajikan dan keagamaan sepanjang Ramadan kali ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nasaruddin Abdul Muttalib, berkata bantuan diberikan kepada golongan memerlukan ini dilakukan menerusi tiga siri program Jelajah Ramadan (JR).

“Sepanjang program JR bermula Sabtu lalu, seramai 96 golongan B40 menerima sumbangan wang tunai dan barangan keperluan bernilai RM150 setiap seorang.

“Selainnya, malam ini (malam tadi), kita menyantuni pula anak yatim dan pelajar tahfiz dengan memberi mereka peluang berbuka puasa di hotel empat bintang dan menyampaikan duit raya,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Ihya Ramadan di Ombak Villa Langkawi di sini, malam tadi.

Nasaruddin berkata, pada masa sama sumbangan tunai untuk pengurusan berjumlah RM4,000 turut diberikan kepada Rumah Anak Yatim Anjung Kasih, manakala RM2,000 untuk Tahfiz Al-Quran Dakwatul Hidayah.


“Semoga sumbangan ini dapat mengembirakan anak yatim dan pelajar tahfiz, selain meringankan beban kewangan pengurusan pusat terbabit untuk mengimarahkan bulan mulia ini.

“Bagi pihak LADA, pelbagai aktiviti lain termasuk edaran bubur lambuk, kuliah Ramadan, solat taraweh dan moreh terus diadakan di masjid-masjid terpilih di daerah ini,” katanya.

Pada akhir majlis, Nasaruddin menyampaikan duit raya kepada anak kakitangan LADA yang dikelolakan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan LADA (KSKL).

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori