KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan memaklumkan pelaporan kes baharu COVID-19 oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah akan dibuat secara mingguan dan bukan lagi setiap hari.
Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata esok adalah hari terakhir kenyataan harian dikeluarkan oleh Dr Noor Hisham.
“Esok hari terakhir kenyataan dikeluarkan oleh Ketua Pengarah (Kesihatan). Lepas ini secara mingguan,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.
Menerusi penjelasan di laman Twitter beliau, Khairy berkata portal COVIDNOW masih lagi memaparkan laporan berkenaan angka kes bahar setiap hari.
“COVIDNOW masih lagi melaporkan angka harian. Kenyataan media harian oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah akan menjadi perkembangan mingguan,” katanya.
BHonline-