Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tengku Zafrul Sahkan Dana...

SHAH ALAM - Penggunaan dana kecemasan bagi membiayai beberapa pakej rangsangan ekonomi ketika...

Gagal Bayar Bil Hospital,...

AKIBAT gagal menjelaskan bil hospital, sepasang suami isteri dari Makassar, Indonesia terpaksa 'menjual'...

Tingkatkan Pengetahuan Mengenai Penyakit...

GEORGETOWN - Orang ramai dinasihat meningkatkan pengetahuan mengenai penyakit bawaan nyamuk agar memudahkan...

PAN Dakwa Kes Cerai...

KUALA LUMPUR - Pembangkang mendakwa kegagalan kerajaan mendidik masyarakat tentang institusi kekeluargaan punca...

Lebih 1.2 Juta Lintasi Laluan Darat Malaysia-Singapura

Johor Bahru : Lebih 1.2 juta pekerja Malaysia di Singapura serta pengembara dari republik itu sudah melintasi sempadan darat Singapura-Malaysia sejak sempadan dibuka semula sepenuhnya, bermula 1 April lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Memetik laporan The Straits Times Singapura kelmarin, jumlah itu dilaporkan dijangka akan meningkat dengan ketara hujung minggu ini, susulan cuti umum Good Friday bermula semalam di republik itu.

Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura, dilaporkan berkata, setakat jam 5 petang Khamis (14 April), seramai 662,900 orang sudah melintasi sempadan darat dari Singapura sama ada menerusi Tambak Johor dan Laluan Kedua (SecondLink).

“Daripada jumlah pengembara yang melintasi sempadan laluan darat Malaysia-Singapura, seramai 229,800 berlepas dengan berjalan kaki atau bas, 232,800 menaiki kereta manakala bakinya 200,300 lagi menaiki motosikal.

“Ia berbanding seramai 601,700 orang telah tiba di Singapura melalui sempadan darat setakat ini, dengan 208,500 adalah dengan berjalan kaki atau bas, 207,800 menaiki kereta dan 185,400 lagi menaiki motosikal.

“Jumlah pengembara yang melalui Pusat Pemeriksaan Darat di Woodlands, Singapura antara Jumaat lalu (8 April) sehingga Ahad minggu berkenaan adalah kira-kira 62 peratus lebih banyak berbanding minggu sebelumnya.

“Kira-kira 415,000 pengembara menggunakan Tambak Johor dan Laluan Kedua setiap hari sebelum pandemik Covid-19 yang menyebabkan sempadan kedua negara ditutup pada 18 Mac 2020 dengan Tambak Johor adalah satu daripada lintasan darat yang tersibuk di dunia,” katanya menerusi laporan berkenaan.


Pada 1 April lalu, media melaporkan ribuan rakyat Malaysia yang sebelum ini terkandas di Singapura sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020 lalu, akhirnya kembali ke tanah air bermula detik 12.01 tengah malam tarikh berkenaan.

Semalam, beberapa kumpulan Facebook pekerja Malaysia di Singapura turut melaporkan ribuan pekerja Malaysia di republik itu selain rakyat republik itu bersesak di Pusat Pemeriksaan Darat Woodlands, untuk melintasi sempadan berikutan cuti hujung minggu yang panjang mulai Jumaat berikutan cuti umum Good Friday.

Dalam pada itu ICA Singapura dilaporkan berkata, walaupun jumlah pengembara melintasi sempadan pada masa ini jauh lebih rendah daripada tahap pra-pandemik, namun keadaan dijangka kembali normal menjelang akhir tahun ini.

“Ramai pekerja Malaysia telah kembali berulang-alik setiap hari ke Singapura secara berperingkat dan jumlah itu dijangka akan terus bertambah dalam masa terdekat selaras dengan kelulusan pembaharuan permit kemasukan kenderaan bermotor asing (VEP) yang sedang berjalan.

“Bagaimanapun kakitangan ICA sudah bersiap sedia berhadapan dengan pertambahan perjalanan secara besar-besaran di sempadan darat antara Singapura dan Johor bagi memastikan kelancaran proses di sempadan,” kata laporan berkenaan.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori