Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Terima Kasih Dan Syukur...

SANDAKAN - "Saya berterima kasih dan bersyukur kepada Allah SWT," kata Lans Koperal...

Ops Bantu: 334 Anggota...

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Terengganu menugaskan 334 orang pegawai,...

Calvin Ugut Nak Saman...

PENYANYI Calvin Harris bengang dengan artikel sebuah tabloid yang mengatakan dia sudah putus...

Dasar Pandang Ke Timur...

KUALA LUMPUR – Dasar Pandang ke Timur yang berusia 37 tahun sejak diperkenalkan...

Lelaki Ditahan Bersama 460kg Daun Ketum

PASIR MAS – Polis menahan seorang lelaki dan merampas daun ketum seberat 460 kilogram (kg) di tepi Jalan Kampung Gaung di sini awal pagi Ahad.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Lelaki berusia 40 tahun itu ditahan pada jam 3.10 pagi selepas anggota unit kereta peronda polis (MPV) menahan kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu oleh suspek.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, rampasan daun ketum itu dianggarkan bernilai RM4,000.

“Semasa melakukan rondaan, anggota MPV telah ternampak kereta Perodua Myvi dipandu dalam keadaan mencurigakan sebelum menahan kereta tersebut.

“Selepas ditahan kereta itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk siasatan dan hasil pemeriksaan menemui bungkusan plastik hitam mengandungi daun ketum yang berat keseluruhan berjumlah 460kg,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Mohd Nasaruddin berkata, hasil siasatan awal suspek mengaku kesemua daun-daun ketum itu miliknya.


“Semakan rekod turut mendapati suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau berkait dadah.

“Suspek turut mengaku daun tersebut diperoleh daripada seorang lelaki di Sik, Kedah,” katanya.

Katanya, IPD Pasir Mas telah bertindak menyalurkan maklumat berkait dengan lelaki berkenaan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Sik untuk mengesan suspek.

“Kes disiasat bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952,” katanya.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori