Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Need help with law...

Eventually, though, recall that wonderful writing doesn't happen accidentally. You have done the...

Majikan Eropah Berhak Larang...

LUXEMBOURG - Syarikat di seluruh Eropah diberi hak melarang pekerja memakai simbol agama...

Kenyataan Berbaur Hasutan, Akmal...

Jasin : Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh akan dipanggil memberi...

Berita Palsu Jejas Perpaduan...

JASIN - Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dengan berita palsu terutamanya yang...

Lelaki ‘Mat Salleh’ Marah Pengawal Keselamatan Ditahan

PETALING JAYA: Lelaki warga asing yang tidak memakai pelitup muka selain mengeluarkan kata-kata kesat dan menunjukkan isyarat lucah terhadap pengawal keselamatan sehingga tular dalam kejadian di pasar raya di Ampang di sini ditahan polis, semalam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Penahanan lelaki warga Kanada berusia 44 tahun itu dibuat selepas suspek tampil ke Ibu pejabat Polis Daerah Wangsa Maju kira-kira pukul 8.30 malam untuk memberi keterangan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, suspek yang bekerja dan menetap di ibu negara tampil selepas menyedari videonya tidak memakai pelitup muka telah tular di media sosial.

Katanya, suspek telah diberi jamin polis sementara menunggu kertas siasatan dilengkapkan.

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada pihak pendakwa raya untuk arahan lanjut.

“Kes masih disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan Peraturan 18 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan),” katanya dalam kenyataan hari ini.


Sehubungan itu, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Orang ramai yang mempunyai maklumat dalam kejadian ini boleh tampil memberi maklumat atau menghubungi IPD Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana- mana Balai Polis berhampiran.

Kelmarin, polis menjalankan siasatan terhadap satu video tular menunjukkan seorang lelaki warga asing tidak memakai pelitup muka dan menunjukkan isyarat lucah sambil mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pengawal keselamatan pasar raya itu.

Kejadian dipercayai dirakam orang awam itu berlaku di sebuah pasar raya di Ampang di sini.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori