PUTRAJAYA : Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memohon orang awam mengesan seorang lelaki warga tempatan yang dikehendaki bagi tujuan siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).
Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram
JIM dalam satu kenyataan memaklumkan, lelaki itu dikenali sebagai Ng Kok Meng, 43, dengan nombor Mykad 770103-01-6373.
Menurutnya, lelaki berkenan dikesan beralamat terakhir di 25, Jalan Kurau 6, Sungai Abong, Muar, Johor.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dimohon menghubungi terus Pegawai Penyiasat Timbalan Penolong Pengarah Imigresen (TPPI) Mohd Faizal Bustami, Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan JIM.
“Mohd Faizal boleh dihubungi di talian 03-88801338/1330 pada waktu pejabat dan Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat,” katanya.
-Utusan Online