Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Chalet Di Rusila ‘Tergantung’...

MARANG - Kira-kira 10 pelancong yang menginap di sebuah chalet di sini berdepan...

Piala Asia: Skuad B-23...

PETALING JAYA – Skuad bola sepak bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan menyasarkan mara...

Aliff Syukri Tergamak Hayun...

USAHAWAN kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman menerima pelbagai kritikan netizen susulan cara...

249 Kertas Siasatan Berita...

PUTRAJAYA - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)...

Lelaki Tergamak Bakar Kawan Sendiri Kerana Berebut Beli Ikan

YOGYAKARTA: Hanya tidak berpuas hati disebabkan urusan jual beli ikan, seorang remaja tergamak membakar rakannya sendiri.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Lapor Tribunnews, kejadian diceritakan sendiri oleh bapa mangsa, Purwito mengenai urusan jual beli ikan melibatkan anaknya.

Katanya, semasa malam kejadian, anaknya berada di rumah bersama kawan-kawannya.

“Tiga orang kawannya iaitu JA, AL dan ZI datang ke rumah untuk bermain. Semasa sedang bersembang, salah seorang berbincang tentang ekzos dan ikan.

“Kemudian, JA turut bertanya untuk menjual ekzos dengan harga sangat murah dan meminta ikan dengan harga tinggi,” katanya.

Purwito berkata, dia sudah memberikan JI dengan harga yang diminta.

Namun, ikan yang dia inginkan rupa-rupanya sudah dibeli oleh orang lain dan dia disarankan memilih ikan lain.


Katanya, AL dan ZI bersetuju dan memilih ikan lain, manakala, JA tidak dapat menerimanya dan menjadi sangat beremosi.

Ketika situasi beransur tenang dan anaknya bersembang dengan rakan lain yang datang, JA tiba-tiba menyiram minyak petrol ke tubuh mangsa sehingga terbakar.

“Ketika anak saya cuba memadamkan api di tubuhnya, kesemua rakannya melarikan diri.

“Mujur kawan lain yang datang dan membantu membuka pintu serta menyuruh anak saya ke bilik air,” katanya.

Keadaan mangsa kini dilaporkan makin stabil selepas sebulan menjalani rawatan intensif di Hospital Pusat Dr. Sardjito.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori