Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mendakwa Muhyiddin Yassin meminta sokongannya dalam usaha untuk menjadi perdana menteri sekali lagi.
Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram
Bercakap dalam sidang media hari ini, Mahathir berkata dia tidak tahu mengapa Muhyiddin meminta sokongannya.
“Dia nak saya sokong dia dalam usaha untuk jadi perdana menteri sekali lagi,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengesahkan laporan bahawa Muhyiddin ada bertemunya baru-baru ini.
“Saya tak tahu tapi dia minta saya (sokong). Kami (Pejuang) tak kuat, kami tiada wang, tapi dia minta kami sokongnya,” katanya lagi apabila ditanya bagaimana Pejuang dapat membantu Muhyiddin memandangkan parti itu tidak memegang banyak kerusi Parlimen.
Mahahir berkata Pejuang belum membuat sebarang keputusan berhubung perkara itu, tetapi membayangkan yang dia tidak bersetuju dengannya.
“Saya tak tahu nak kata apa (kepada Muhyiddin).
“Saya tak jadi perdana menteri sebab Muhyiddin. Dia tikam belakang saya. Sekarang orang yang dia tikam belakang itu tak mati lagi,” katanya.
-Malaysia Kini