Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Bekas MB Kedah Dedah...

ALOR SETAR -  Bekas Menteri Besar (MB) Kedah, Tan Sri Osman Aroff yang...

Pengusaha Rumah Bot Tasik...

KUALA BERANG - Sambutan hangat terhadap perkhidmatan rumah bot di Tasik Kenyir membuatkan pengusahanya berlumba-lumba meningkatkan mutu perkhidmatan bagi menarik pelanggan.Pelbagai inisiatif  dirancang...

Puteri UMNO Mahu UM...

KUALA LUMPUR - Puteri UMNO mahu pengurusan Universiti Malaya (UM) mengambil tindakan tegas...

Ribuan Saksikan Perasmian Kereta...

NAIROBI - Ribuan penduduk di tujuh daerah berkumpul menyaksikan pelancaran perkhidmatan kereta api...

Lori Cat Terbabas, Pemandu Maut

SLIM RIVER – Sebuah lori terbabas menyebabkan pemandunya maut dalam kemalangan di Kilometer (KM) 381.4 Lebuh Raya Utara Selatan (arah selatan) dekat Slim River pagi tadi.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Identiti mangsa disahkan sebagai Mohan Muniandy, 67, yang tersepit pada tempat duduk pemandu.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 8.39 pagi.

Katanya, sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Slim River telah dikejarkan ke lokasi kejadian.


“Kemalangan melibatkan sebuah lori tiga tan membawa muatan cat telah terbabas ke kiri bahu jalan menyebabkan pemandunya tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kelindan lori pula terselamat dan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit telah dilakukan menggunakan peralatan khas,” ujarnya.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya manakala operasi tamat sepenuhnya pada pukul 9.34 pagi.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori