Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Cuaca Panas: Kerajaan Bersedia...

PUTRAJAYA - Kerajaan bersedia untuk mengisytiharkan darurat berikutan cuaca panas melanda negara ini.Ikuti...

‘Berdarah Hidung’ Tengok Baju...

BERTEMAKAN Ready To Wear, Pavilion Kuala Lumpur menjadi tumpuan ramai fashionista termasuk para...

Ketumbuhan Selepas 11 Tahun...

New York – Seorang lelaki terpaksa menanggung malu selepas kedua-dua telinganya ditumbuhi tumor...

COVID-19: Arab Saudi Gantung...

RIYADH - Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi pada Rabu mengumumkan menggantung sementara Umrah...

MAIDAM Larang Amil Kutip Zakat Fitrah Di Tempat Awam

KUALA TERENGGANU : Berkuat kuasa serta merta, semua amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dilarang daripada membuat kutipan zakat fitrah di tempat awam seluruh negeri ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Prof Madya Dr Ahmad Azrin Adnan, berkata larangan mengutip zakat di tempat awam itu dibuat, disebabkan keperluan umat Islam menunaikan zakat dan fitrah di masjid serta surau.

Beliau berkata, setiap amil yang dilantik bertanggungjawab untuk membuat kutipan zakat dan fitrah di masjid serta surau yang ditauliahkan kepada mereka.

“Seramai 976 amil ditauliah untuk membuat kutipan zakat dan fitrah tahun ini. Berkuat kuasa serta merta, tiada lagi kutipan zakat dan fitrah diadakan di tapak bazar Ramadan, pasar raya dan pasar awam,” katanya.

Beliau memberitahu media demikian selepas melancarkan perkhidmatan kaunter zakat pandu lalu di tempat letak kereta perkarangan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), di sini, hari ini.

Yang turut hadir adalah Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Zakat), Nazli Amirri Ngah.

Mengenai kutipan zakat melalui kaunter pandu lalu, Ahmad Azrin berkata, kaedah itu disediakan bagi memberi kemudahan pembayar zakat membuat bayaran tanpa perlu hadir ke kaunter bayaran.


Katanya, kaunter pandu lalu itu beroperasi daripada jam 8.30 pagi hingga jam 4 petang setiap hari berkerja.

“Umat Islam yang ingin menggunakan kemudahan di kaunter pandu lalu boleh membuat bayaran menggunakan tunai, kad kredit dan debit serta menggunakan cek,” katanya.

Katanya, MAIDAM menyasar kutipan zakat tahun ini adalah sebanyak RM230 juta, termasuk zakat fitrah sebanyak RM72 juta dan zakat perniagaan berjumlah RM60 juta.

Mengulas lanjut, Ahmad Azrin berkata, kutipan zakat pendapatan menyumbang kutipan tertinggi tahun lalu iaitu sebanyak RM98 juta, perniagaan (RM54.7 juta), simpanan (RM33.7 juta), fitrah (RM4.4 juta) dan zakar emas serta Perak sebanyak RM1.5 juta.

“Umat Islam di seluruh negeri diminta menunaikan zakat fitrah hanya kepada amil bertauliah,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori