Masalah penagihan ganja dalam kalangan belia Malaysia terutama anak muda Melayu bukan perkara yang tabu.
Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram
Aku membesar dengan dikelilingi rakan-rakan sekolah dan universiti yang bangga menghisap ganja.
Zaman ‘brader-brader’ semasa aku kecil juga ramai daripada mereka terjebak dengan pengambilan ganja.
Aku melihat dengan mata sendiri tangisan ibu bapa kepada anak yang sentiasa khayal akibat pengaruh ganja.
Aku pasti ramai mengalami pengalaman yang sama membesar dengan dikelililingi penghisap ganja.
Ada penghisap ganja yang berpeluang pulih daripada ketagihan ganja, tetapi ramai juga yang bertambah ekstrem.
Selepas ganja sudah kurang umphh, mereka terlibat dalam penyalahgunaan heroin dan syabu.
Gejala itu seterusnya menimbulkan pelbagai isu sosial yang kronik dan sukar dibendung oleh masyarakat.
Realitinya semua itu berlaku tatkala ganja sehingga hari ini dianggap sebagai sesuatu yang dilarang.
Kesalahan menghisap dan memiliki ganja masih dikategorikan sebagai suatu jenayah di Malaysia.
Ironinya ada pula ahli politik memperjuangkan supaya Malaysia membenarkan pengkomersilan ganja.
Pengkomersilan ganja dibenarkan pasti lebih sukar untuk pihak berkuasa membendung ketagihan ganja.
Implikasi terhadap pertambahan penagihan ganja dalam kalangan anak muda kelak hanya masa menentukan.
Beberapa negara lain dan nilai pasaran industri kanabis mencecah RM60 bilion dijadikan justifikasi ahli politik untuk pengkomersilan ganja di Malaysia.
Namun yang tidak disebut apakah kesannya terhadap sosio masyarakat negara-negara terbabit.
Apakah kita pula akan berbangga kerana Malaysia mempunyai ikon seperti Bob Marley?
Atau berbangga di setiap sudut ada anak muda Melayu bersepah-sepah sedang khayal dibawah pengaruh ganja?
Kita faham ahli politik seperti itu akan mencari setiap populariti yang mampu digapai demi undi.
Tetapi sehingga membodek peminum arak dan kaki ganja keterlaluan apatah berselindung disebalik alasan ekonomi.
-Mynewshub