Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Ibu Tunggal Dipenjara 14...

KUANTAN - Seorang ibu tunggal dijatuhi hukuman penjara 14 tahun oleh Mahkamah Tinggi...

Pencari Kerja Jangan Pilih...

TAWAU - Golongan pencari kerja di Sabah dinasihatkan agar tidak memilih pekerjaan dalam...

Kerap Bermain TikTok, Suami...

JAKARTA: Gara-gara sering bermain TikTok, seorang wanita di Jakarta dirantai oleh suaminya bagi mengelakkannya daripada terus menggunakan aplikasi tersebut, lapor laman berita Suara.com.Video yang tular itu dikongsikan seorang pengguna dengan nama @ann***.Si suami sudah tidak tahan sangat la tu.

Samsung? Euww: Janna Tak...

PELAKON, Janna Nick beranggapan bahawa tindakan seorang personaliti Instagram atau 'Instafamous' yang memperlekehkan...

Malaysia, Indonesia Setuju Gunakan Bahasa Melayu

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berterima kasih kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) kerana bersetuju untuk bersama-sama memperkasakan bahasa Melayu yang merupakan bahasa serumpun.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Ismail Sabri berkata, beliau dan Jokowi telah bersetuju akan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantara di setiap persidangan antarabangsa yang disertai mereka.

“Kita bersetuju jika kita bersama-sama memperkasakan bahasa rumpun Melayu ini mungkin satu hari nanti boleh dijadikan sebagai bahasa ASEAN.

“Antara bahasa yang merupakan bahasa Melayu adalah bahasa Melayu, Malaysia; bahasa Melayu, Indonesia; bahasa Melayu, Brunei; bahasa Melayu, Selatan Thailand; bahasa Melayu, Champa;
bahasa Melayu, di Kemboja dan bahasa Melayu di Filipina,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama, Jokowi dalam sesi lawatan kerja ke Jakarta, Indonesia hari ini.


Terdahulu, Ismail Sabri ketika sesi soal jawab di Dewan Negara pada 23 Mac lalu menegaskan beliau akan terus memperkasakan bahasa Melayu dalam mana-mana pertemuan, mesyuarat dan persidangan antarabangsa mengikut kesesuaian.

Dalam perkembangan berasingan, Ismail Sabri turut menyentuh tentang isu harga kelapa sawit memandangkan kedua-dua negara merupakan pengeksport utama bahan mentah tersebut.

“Malaysia dan Indonesia telah bersetuju agar harga minyak kelapa sawit patut ditentukan secara bersama dan tidak bersaing dari segi penetapan harga memandangkan kedua-dua negara menguasai keseluruhan dari segi eksport bahan mentah tersebut,” ujar beliau.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori