Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Perpaduan Rakyat Penting Bangunkan...

SANDAKAN - Perpaduan rakyat harus dikekalkan yang menjadi faktor penting kepada usaha membangunkan...

Sistem Awas, Kejara Dilaksana...

BENTONG - Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan...

2 Lagi Suspek Bunuh...

MEDAN - Dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian pembunuhan kejam lima sekeluarga...

Gunung Ibu Di Indonesia...

JAKARTA : Gunung berapi Ibu di Indonesia meletus hari ini dan memuntahkan asap...

Mayat Bayi Ditemukan Di Tempat Sampah

KLANG : Mayat seorang bayi lelaki berusia empat bulan ditemukan di tempat pembuangan sampah sebuah kondominium di Bandar Baru Klang di sini, petang semalam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Perkara itu disedari seorang lelaki yang terkejut melihat bayi tidak bernyawa berkenaan, kira-kira pukul 3.05 petang.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Vijaya Rao Samachulu berkata, pihaknya dengan kerjasama Unit Forensik Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bergegas ke lokasi kejadian sejurus selepas menerima maklumat penemuan itu.

Katanya, siasatan awal mendapati bayi itu dibuang di tempat pembuangan sampah kondominium berkenaan.

“Pasukan perubatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) mengesahkan bayi yang dianggarkan berusia empat bulan itu sudah meninggal dunia. Bayi itu dipercayai meninggal dunia dalam tempoh 24 jam,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Jelas Vijaya Rao, hasil siasatan kemudian membawa kepada penahanan sepasang kekasih berusia 30 hingga 40-an bagi membantu siasatan.

“Wanita warga asing disyaki suspek utama dan seorang lelaki tempatan itu ditahan di sekitar lokasi kejadian, kira-kira pukul 6.30 petang semalam. Kedua-dua suspek akan dibawa ke mahkamah bagi permohonan perintah reman,” katanya.

Tambah beliau, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori