Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pengambilan Pekerja Sektor Minyak...

KUALA LUMPUR – Industri minyak dan gas tidak menunjukkan petanda kelembapan aktiviti pengambilan...

Kantoi Curi Tabung Masjid,...

KAJANG - Empat remaja lelaki berjaya melarikan tabung derma di Masjid Taman Cheras...

“Haziq Boleh Dihukum Sebat”...

SEREMBAN – Individu yang mengaku dengan rela hati melakukan dosa termasuk berzina sudah...

Jho Low Dibawa Balik...

RANTAU PANJANG - Polis sudah menemui petunjuk positif dalam gerakan memburu ahli perniagaan,...

Mayat Disyaki Lelaki M’sia Ditemui Di ‘Ladang Ganja’ Australia

GLOBAL | Seorang lelaki warga Malaysia dijumpai mati di kawasan luar bandar di barat laut Bathurst di New South Wales, kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Agensi berita kerajaan, 9news, melaporkan mayat dipercayai ‘Jacky’ Chong Kai Wong itu ditemui kira-kira jam 3.30 petang oleh pasukan penyiasat selepas mereka memulakan pencarian di kawasan luar bandar Killongbutta.

Chong dipercayai mati di antara 25 Dis 2020 dan 8 Jan 2021.

Bagaimanapun, polis mendakwa mayat itu belum dikenal pasti secara rasmi, tetapi polis percaya ia adalah lelaki berusia 24 tahun yang dilaporkan hilang sebelum ini.

Pemeriksaan forensik dan ujian DNA diadakan sejurus mayat dijumpai.

Polis tempatan mendakwa Chong terlibat dalam jenayah terancang pada masa kematiannya.

Sementara itu tiga lelaki yang berusia 33, 22 dan 28 tahun ditahan dan sudah didakwa di mahkamah kerana membunuh Chong.


Pada 2021, polis yang menjalankan siasatan mengenai sindiket jenayah membuatan dan membekalkan dadah mendapati, seorang warga Malaysia yang dipercayai terbabit telah menghilangkan diri.

Kelmarin polis menjalankan yang mendapat waran geledah membuat pemeriksaan di sebuah kawasan luar bandar di Killongbutta, barat laut Bathurst. Kawasan terbabit didakwa digunakan sebagai ladang penanaman ganja.

Hasil siasatan mendapati kawasan berkenaan dipenuhi antara 500 hingga 1,000 pokok ganja yang bertujuan untuk komersialkan.

“Terdapat bukti beberapa penanaman telah dilakukan di Killongbutta,” kata pegawai polis, Supt John Watson.

Watson juga mendakwa pembunuhan itu berlaku di “ladang penanaman ganja” dan dipercayai ada kaitan dengan isu “kewangan.”

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori