Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Baby Popular, Aaisyah Dhia...

Tak salah rasanya kami katakan si comel yang diberi nama Aaisyah Dhia Rana...

Pahang Benam Kedah 5-0...

KUALA LUMPUR - Pahang membuktikan tiada yang mustahil dalam bola sepak selepas gah...

Bank Perlu Perjelas Moratorium...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bank-bank Dalam Malaysia (ABM) diharap dapat memberi penjelasan terperinci...

DAP Terdesak Jika Dakwaan...

JOHOR BAHRU - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin...

Mayat Pati Bergelimpangan Atas Lebuh Raya – Saksi

Nibong Tebal : “Sedih melihat mayat termasuk dua kanak-kanak bergelimpangan atas lebuh raya,” kata seorang penduduk Kampung Sungai Kechil di sini, yang juga saksi kemalangan membabitkan tahanan Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap di Relau, Bandar Baharu itu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Atan, 36, itu berkata, dia menyaksikan kejadian berkenaan ketika mahu menghantar anaknya ke sekolah pagi hari ini.

“Ketika itu terdapat enam mayat termasuk dua kanak-kanak bergelimpangan di lebuh raya itu.

“Sedih sangat melihat kejadian itu terutamanya kanak-kanak tidak berdosa,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, seorang daripada penduduk kampung kemudiannya menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian terbabit.

Dalam kejadian pada 4.30 pagi hari ini, seramai 528 daripada 663 tahanan di depot itu bertindak melarikan diri.

Kemalangan itu dikatakan berlaku pada 6.50 pagi di Kilometer (KM) 165 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan dekat sini, apabila kumpulan terbabit dikatakan mahu menyeberangi lebuh raya terbabit.


Mangsa membabitkan dua lelaki, dua wanita dan dua kanak-kanak maut di tempat kejadian.

Ekoran insiden itu, tahanan lain yang menyaksikan kemalangan berkenaan tidak berani melintas, sebaliknya melarikan diri di tepi lebuh raya sebelum sekumpulan pemuda membantu menahan kesemua mereka di KM168.2 sebelum menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Atan berkata, penduduk kampung ketika ini turut berasa takut dan bimbang atas faktor keselamatan selepas mengetahui mengenai insiden pendatang asing tanpa izin (Pati) melarikan diri dari depot yang terletak dalam jarak kira-kira lima kilometer (km) dari kampung mereka.

Menurutnya, beberapa tahanan yang melarikan diri itu didapati berlari masuk ke dalam kampung itu sebelum menuju ke lebuh raya berhampiran.

“Sebelum itu, mereka (tahanan) ada yang meminta air kepada beberapa orang penduduk kampung ini kerana sangat dahaga.

“Oleh itu, saya tidak fikir mereka yang masih bebas boleh pergi jauh dan mereka mungkin bersembunyi berhampiran kampung ini yang saya berharap mereka dapat ditahan segera supaya kampung ini kembali aman,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori