Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Stadium TLDM Bakal Venue...

IPOH - Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut mungkin menjadi venue...

PRU14: Pelanggan Insurans MSIG...

KUALA LUMPUR – MSIG Insurance (Malaysia) Bhd kini memberi kemudahan untuk pelanggan insurans...

750,000 Pekerja Asing Tidak...

JOHOR BAHRU - Terdapat kira-kira 750,000 pekerja asing tidak berdaftar yang bekerja tanpa...

19 Ahli Geng Kabali...

SEREMBAN - Seramai 19 individu didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini,...

Melaka Berdepan Krisis Air Jika TAPS Tidak Disegerakan

ALOR GAJAH : Kerajaan negeri serta Kementerian Alam Sekitar dan Air digesa menyegerakan projek pembinaan takungan air selepas pelaksanaannya ditangguhkan beberapa kali.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, jika projek tersebut tidak dilaksanakan secepat mungkin, dibimbangi krisis air yang berlaku pada awal 2020 akan berulang, sehingga terpaksa mencatu penggunaan.

Menurutnya, kepentingan projek takungan air di Melaka sudah banyak kali ditekankan di Dewan Undangan Negeri (DUN) serta Dewan Rakyat dan pelbagai jawapan telah diberikan.

“Dulu ada cadangan untuk bina Empangan Jernih, tetapi dibatalkan dan digantikan dengan projek pembinaan takungan air pinggiran sungai (TAPS).

Masalahnya sehingga kini projek itu masih belum berjalan dan dikhuatiri tidak mampu menampung keperluan harian penduduk negeri ini, dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Penggunaan air di Melaka meningkat 18 peratus dalam tempoh lima tahun iaitu 604 juta liter sehari (JLH) pada 2021.

“Sementara itu, penggunaan air dijangka meningkat 15 peratus dari 2022 hingga 2026. Ini bermakna Melaka akan kekurangan 15 peratus air dalam tempoh tersebut jika projek pembinaan masih ditangguhkan,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat Empangan Durian Tunggal di sini hari ini.


Projek TAPS Jernih dan TAPS Melaka, masing-masing akan menambah 100 JLH dan 310 JLH air mentah di negeri ini dan dijangka mencukupi memenuhi keperluan sehingga 2040.

Tambah Poay Tiong, masalah bekalan air harus dipandang serius oleh semua pihak kerana ia bukan sahaja menyusahkan rakyat, malah turut melibatkan imej Melaka sebagai destinasi pelaburan.

Jelasnya, terdapat sebuah kilang membuat sarung tangan dari Eropah yang sudah merancang untuk berpindah ke lokasi lain selepas mengalami kerugian susulan krisis air yang berlaku.

“Melaka akan kehilangan pelaburan sehingga ratusan juta ringgit. Jumlah itu mungkin akan lebih besar kerana banyak pelabur akan keluar dan tiada pelaburan baharu masuk gara-gara krisis air. Pembangunan negeri akan terjejas terutamanya dari aspek ekonomi dan peluang pekerjaan.

Justeru, saya harap Ketua Menteri dan kementerian berkaitan dapat menyegerakan projek ini kerana mengambil masa lama untuk disiapkan. Jangan bila timbul masalah kemudian hari baru hendak laksanakan,” jelasnya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori