Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Peminat Jadi ‘Gila’ Beyonce...

BINTANG pop dan pelakon antarabangsa Beyonce dikatakan bakal melahirkan anak kembar yang dikandungnya dan...

Gay Dan Wanita Tidak...

DANIEL Craig tidak peduli dan sesiapa pun boleh menggantikannya sebagai James Bond tetapi...

Pesawat AirAsia Dilencongkan Kerana...

KOTA KINABALU: Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia hari ini mengesahkan sebuah pesawatnya yang...

Langkah Khazanah Nasional Bantu...

KUALA LUMPUR -- Langkah Khazanah Nasional menubuhkan pusat khas bagi memberi 'sokongan penempatan'...

‘Menteri Luar Perlu Jawab Isu Lawatan PM Ke Dubai’ – Anwar

SHAH ALAM – Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah seharusnya segera menjawab tentang apa yang berlaku semasa lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, belum pernah lawatan rasmi Perdana Menteri tidak disambut oleh negara yang mengundangnya.

“Dia (Saifuddin) harus menjawab kerana belum pernah negara terhina begini rupa kerana kecuaian Menteri Luar.

“Menteri Luar harus membuat kenyataan dan dipertanggungjawabkan,” katanya menerusi sebuah video yang dimuat naik menerusi laman sosialnya pada Khamis.

Media sebelum ini melaporkan Kementerian Luar (Wisma Putra) memanggil pulang Duta Besar Malaysia ke UAE dan Konsul Jeneral Malaysia di Dubai disebabkan kegagalan dua pegawai terbabit menguruskan lawatan Ismail Sabri ke Dubai pada 29 hingga 31 Mac lalu.


Wisma Putra dalam kenyataannya sebelum ini memaklumkan, kegagalan menyelaraskan protokol menyebabkan Ismail Sabri terpaksa menunggu lama di ruang ketibaan biasa bagi urusan pelepasan pasport oleh Imigresen Dubai.

Selain itu, Wisma Putra berkata, liputan dan kawalan keselamatan serta pergerakan motoked yang sepatutnya disediakan untuk Perdana Menteri seperti amalan prosedur operasi tetap (SOP) biasa juga tidak ada.

Mengulas lanjut, Anwar yang merupakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) turut menyatakan bahawa terdapat kecelaruan berkenaan diplomasi dalam perkara ini.

“Jangan dipersalahkan duta besar atau pegawai-pegawai di peringkat bawah,” tegasnya.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori