Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

SRC International: Rayuan Najib...

PUTRAJAYA : Rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung hukuman penjara...

Gadis Tak Pakai Seluar...

SEORANG wanita menempuh saat paling memalukan apabila seluar yang dipakainya terlondeh sehingga menampakkan bahagian...

Kerajaan Johor Cadang Kenakan...

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri Johor bercadang mengenakan Caj Pemajuan ke atas pembangunan...

QZ8501 : Penyiasat Harap...

Pasukan penyiasat Indonesia akan melakukan analisis kepada dua kotak hitam pesawat AirAsia QZ8501...

Mosti Bangunkan Platform Perkongsian Data Mentah Penyelidikan

KOTA TINGGI : Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (Mosti) menerusi Akademi Sains Malaysia (ASM) sedang dalam usaha menyediakan sebuah platform perkongsian data mentah penyelidikan yang sejajar dengan Dasar Perkongsian Data Sektor Awam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, data mentah penyelidikan yang dihimpunkan oleh ASM menerusi Platform Sains Terbuka Malaysia (MOSP) boleh menjadi salah satu kluster di bawah data sektor awam negara.

Katanya, menerusi inisiatif tersebut, penyelidik dapat melakukan kerja-kerja penyelidikan dengan terangkum dan dianggarkan kerajaan dapat melakukan penjimatan kos kerja-kerja penyelidikan sekurang-kurangnya RM500 juta setahun.

“Platform yang kini sedang dalam pembangunan akan menghubungkan lima universiti penyelidikan negara di bawah projek rintis MOSP yang akan menjadi pintu gerbang kepada data mentah penyelidikan dan merupakan aset berharga negara.


“MOSP sehingga kini berjaya melatih lebih 200 orang penyelia data (data steward) di peringkat nasional. Latihan Pengawasan Data untuk Sains Terbuka ini berjaya meningkatkan kemahiran pustakawan dan penyelidik daripada pelbagai IPT dan institut penyelidikan negara.

“MOSP juga telah mencatat lebih 2 juta capaian untuk program kesedaran Sains Terbuka di peringkat nasional dan antarabangsa. Selain itu, platform ini turut giat bekerjasama dengan organisasi dan platform Sains Terbuka antarabangsa dan menjadi ahli dalam inisiatif global seperti Global Open Science Cloud (GOSC),” katanya pada majlis Minggu Sains Negara Keluarga Malaysia 2022 dan Ihya Ramadan di sini, semalam.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori