Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

12Rnow Aplikasi Pertama Himpun...

IPOH - 12Rnow (I Want to Register Now) merupakan aplikasi pertama di Malaysia...

Al-Quran Tumpuan Umat Islam...

KUALA LUMPUR - Selama sejam hari ini umat Islam di seluruh dunia dalam...

RTM Ulang Siar Dokumentari...

PETALING JAYA - Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal menyiarkan kembali dokumentari bertajuk 'Sudirman...

Jalan Kaki Ke Parlimen...

PROTES... Berang ditipu kerajaan Pakatan Harapan (PH) konon mahu hapus hutang pinjaman Perbadanan...

MOT Benarkan Perkongsian Bawa Kargo Mulai 5 Mei

PUTRAJAYA : Syarikat logistik bakal memaksimumkan penggunaan kepala lori (prime mover) dan semi-treler apabila Kementerian Pengangkutan membenarkan perkongsian membawa kargo jenis luton atau kotak dan kargo am, dalam kumpulan syarikat terbabit bermula 5 Mei ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata melalui kebenaran itu, ia membolehkan syarikat logistik mengurangkan kos operasi masing-masing.

Beliau berkata, ia adalah kesinambungan daripada fasa pertama pada 1 September tahun lalu apabila kementerian itu membenarkan perkongsian kepala lori dan semi-treler untuk membawa kontena, dalam kumpulan syarikat yang sama.

“Sukacita saya mengumumkan bahawa berkuat kuasa pada 5 Mei 2022, pelaksanaan dasar baharu untuk membenarkan perkongsian kepala lori dan semi-treler diperluaskan kepada jenis luton atau kotak dan kargo am.

“Pelaksanaan fasa kedua ini tertakluk kepada syarat pelaksanaan fasa satu iaitu hanya membabitkan anak-anak syarikat di peringkat pertama sahaja, dengan pegangan ekuiti syarikat induk sekurang-kurangnya 51 peratus,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bersama pemain industri logistik, di pejabatnya di sini, hari ini.

Ka Siong berkata, Berat Dalam Muatan (BDM) kepala lori dan treler yang dibenarkan untuk pertukaran tertakluk kepada BDM semi-treler atau Berat Gabungan Keseluruhan (BGK) penggerak utama, yang terendah antara keduanya.

Katanya, penguatkuasaan terhadap kesalahan bawah akta terbabit dengan pengubahan dasar itu akan dikenakan ke atas kepala lori saja


Beliau berkata, syarikat logistik juga perlu mendapat kelulusan teknikal kenderaan terlebih dahulu daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum memajukan permohonan berkenaan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

“Kebenaran ini hanya boleh digunakan untuk kenderaan yang dikategorikan bawah jenis kenderaan sama, contohnya sebuah kepala lori yang didaftarkan untuk menarik semi-treler jenis kotak tidak boleh menarik semua treler jenis kargo am.

“Dasar pendaftaran bagi lesen A selain kontena, dikekalkan kepada satu kepala lori kepada atau semi-treler manakala kepala lori dan semi-treler yang ingin dikongsikan dalam kumpulan syarikat perlu berdaftar dengan APAD, untuk permohonan di Semenanjung Malaysia.

“Sebelum ini ada banyak sekatan dan walaupun kepala lori itu berada dalam syarikat logistik sama namun ia tidak boleh membawa semi-treler lain (yang tidak didaftarkan kepada kepala lori terbabit) dalam kumpulan syarikat berkenaan.

“Dengan cara ini, ia lebih kompetitif dan dapat mengurangkan kos operasi,” katanya sambil menjelaskan keputusan kerajaan itu mendapat sambutan baik dalam kalangan pemain industri.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori