Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Sukan Asia: Jun Hoong-Wendy...

INCHEON - Kemantapan penerjun China terus menjadi batu penghalang skuad terjun negara untuk...

1,020 Mangsa Banjir Di...

SHAH ALAM - Seramai 1,020 mangsa banjir masih ditempatkan di sembilan pusat pemindahan...

‘Mr. Awang Selamat’ Acara...

SELALUNYA, pertandingan bina badan membabitkan golongan lelaki pasti  melibatkan adegan menunjuk bahagian-bahagian badan...

“Terima Kasih Kerana ‘Membabikan’...

KISAH mengenai seorang ibu yang sanggup berjuang untuk mencari sumber kewangan demi memastikan anak...

Muhyiddin Calon PM Ke-10 Jika BERSATU Menang PRU-15

KUALA TERENGGANU : Bekas Perdana Menteri kelapan akan dicadangkan sebagai calon Perdana Menteri ke-10, jika Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) diberi mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (AMPT) BERSATU, Datuk Razali Idris, berkata Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Presiden parti adalah calon paling layak untuk dilantik semula sebagai Perdana Menteri.

Katanya, Ahli Parlimen Pagoh itu sudah membuktikan kemampuannya mentadbir negara ketika pertama kali dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan selama lebih 17 bulan mulai 29 Februari lalu.

“BERSATU akan mencadangkan Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri pada PRU akan datang kerana beliau meletakkan jawatannya bukannya ditolak rakyat, sebaliknya ditolak oleh 15 ahli parlimen terutama daripada Barisan Nasional (BN) diketuai Datuk Seri Dr Zahid Hamidi.

“Muhyiddin akan dicadang sebagai calon Perdana Menteri kerana beliau adalah Presiden parti berbanding UMNO yang hanya mencadangkan Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,” katanya kepada media selepas program moreh bersama media, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Ketengah Holdings Sdn Bhd (KHSB), Mohd Zaid Sulaiman dan Timbalan Pengurus Besar Ketengah (Operasi), Ahmad Fakharuddin Ahmad.

Razali yang juga Ketua Badan Pimpinan BERSATU negeri berkata demikian ketika mengulas keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Khamis lalu, yang mencadangkan Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri pada PRU akan datang.


Katanya, walaupun semua parti boleh mencadangkan pimpinan tertinggi sebagai calon Perdana Menteri, BERSATU menganggap agak janggal apabila hanya pemimpin yang berada di kedudukan ketiga dalam parti dicadangkan UMNO.

“Rakyat kehairanan, mengapa pemimpin yang berjawatan nombor tiga dicadangkan, ke manakah perginya dan adakah pemimpin berjawatan nombor satu dan dua dalam parti itu tidak berkelayakan untuk dicalonkan,” katanya.

Mengenai sokongan kepada Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri, Razali berkata, BERSATU dan semua parti dalam Perikatan Nasional (PN) tetap dengan pendirian untuk terus menyokong Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri sehingga Parlimen dibubarkan.

Katanya, semua pimpinan tertinggi parti dalam PN tidak bercadang untuk tumbangkan kerajaan pimpinan Ismail Sabri seperti dilakukan 15 ahli parlimen BN ketika menjatuhkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri Ogos lalu.

“Kita dan pemimpin parti dalam PN termasuk PAS akan terus memberi sokongan kepada Ismail Sabri sehinggalah beliau membubarkan Parlimen bagi membolehkan PRU diadakan,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori