Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Ibu Sahkan Lindsay Lohan...

KONTROVERSI membabitkan pelakon dan penyanyi Hollywood, Lindsay Lohan yang dikatakan telah memeluk Islam...

Tentera Arab Saudi Pintas...

RIYADH - Sekurang-kurangnya seorang terbunuh, manakala dua lagi cedera selepas tentera Arab Saudi...

China Adakan Mesyuarat Tergempar

BEIJING – Kabinet China mengadakan mesyuarat tergempar disertai lebih 100,000 pegawai, demikian menurut...

Jalur lebar: Lebih RM100b...

KUALA LUMPUR - Kerajaan memperuntukkan lebih RM100 bilion untuk menambah baik infrastruktur jalur...

Murid Sekolah Rendah Dibenar Hadir Ke Sekolah Tanpa Penggiliran Mulai 17 April

PUTRAJAYA: Murid sekolah rendah di seluruh negara tidak lagi perlu hadir ke sekolah secara penggiliran bermula 17 April ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin menerusi rakaman video di Facebook, hari ini.

Radzi berkata, Kementerian Pendidikan menetapkan murid sekolah rendah dibenarkan hadir ke sekolah tanpa penggiliran bermula 17 April bagi negeri-negeri Kumpulan A dan 18 April bagi sekolah di negeri-negeri Kumpulan B.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas melihat kelancaran sesi persekolahan secara bersemuka bagi sekolah rendah sejak 21 Mac lalu.

“Apa yang penting, saya nasihatkan murid-murid dan guru supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang sudah ditetapkan.


“Walaupun kita sedang bergerak dari Fasa Peralihan ke Endemik namun, kita masih perlu mengekalkan SOP yang telah ditetapkan khususnya apabila semua murid hadir ke sekolah tanpa penggiliran kelak,” katanya.

Katanya, beliau memohon jasa baik ibu bapa supaya sentiasa mengingatkan anak-anak supaya kepatuhan kepada SOP itu satu keutamaan.

Kementerian Pendidikan sebelum ini menetapkan murid Tahun 3, Tahun 4 dan Tahun 5 akan hadir ke sekolah secara penggiliran terutama bagi jumlah murid di sekolah melebihi 600 orang.

Bagi sekolah rendah yang jumlah muridnya di bawah 600 orang pula, semua murid sekolah rendah harian dan sekolah swasta perlu hadir tanpa penggiliran.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori