Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Safiey Ilias Terima Nasib...

SEBELUM ini pengguna laman sosial disajikan dengan posting dari akaun Facebook palsu Datuk...

V Shem-Wee Kiong Mara...

SINGAPURA - Pasangan beregu lelaki nombor satu negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong...

Gajah Ketakutan Dibakar Menang...

GAMBAR dua ekor gajah yang melarikan diri selepas dibakar ekornya, berjaya memenangi pertandingan...

Siti Nurhaliza Tiada Kaitan...

KUALA LUMPUR – Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak akan...

Operasi Khas Samseng Jalanan Keluar 2,350 Saman

JOHOR BAHRU : Polis mengeluarkan 2,350 saman atas pelbagai kesalahan trafik dalam Operasi Khas Samseng Jalanan selama seminggu bermula 9 April lalu hingga semalam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor, Superintendan M Kumarasan, berkata operasi bersepadu itu turut mengesan dan menahan 42 individu berusia 14 hingga 53 tahun mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Dalam operasi khas itu, 12,815 individu dan 10,035 kenderaan, termasuk 3,723 motosikal diperiksa. Daripada jumlah berkenaan, 208 kenderaan telah diambil tindakan sita mengikut Seksyen 64 APJ 1987 untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, operasi khas itu bertujuan menangani isu mat rempit yang sangat sinonim dengan aktiviti lepak, konvoi, ubah suai motosikal dan berani melakukan aksi-aksi berbahaya seperti lumba haram, ‘wheelie’, ‘superman’ dan lain-lain yang jelas membahayakan diri dan pengguna jalan raya lain.

“Menjadi kebanggaan dalam kalangan mereka apabila berjaya melakukan aksi-aksi terbabit untuk dimuat naik di media sosial seperti Tik Tok, Instagram dan lain-lain platform media sosial.


“Budaya ini menjadi trend semasa, malah mereka tidak serik walaupun beberapa kali kemalangan dan diambil tindakan oleh pihak berkuasa atas kesalahan sama,” katanya.

Beliau berkata, fokus operasi itu juga adalah di lebuh raya, khusus mengesan kumpulan penunggang motosikal berkonvoi dan melakukan aksi bahaya seperti yang selalu tular di media sosial.

“Operasi ini akan terus dijalankan dalam memastikan budaya ini dapat dibendung dan dikekang secara serius,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori