Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Nelydia Senrose Nafi Bercinta...

BEBERAPA bulan kebelakangan ini, kedengaran khabar angin kononnya wujudnya hubungan cinta antara pelakon...

“Dengar Boleh, Percaya Jangan”...

TAWAU - Penduduk kawasan Parlimen Kalabakan diseru tidak mudah percaya dengan dakyah negatif...

Sebutir Bom Lama Ditemukan...

SANDAKAN - Sebutir bom lama ditemukan di tapak pembinaan jalan raya bersebelahan Pejabat...

Pengampunan Najib Jalan Terbaik...

Memberi pengampunan kepada bekas perdana menteri, Najib Razak adalah jalan terbaik menurut perspektif...

Pahang ‘Halalkan’ Aktiviti Melombong Bahan Mineral

LIPIS: Pahang mewujudkan Skim Pelombong Kecil (SPK) kepada pengusaha aktiviti perlombongan mineral untuk mengelakkan aktiviti berkenaan dibuat secara haram mulai tahun ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Menjelaskan perkara tersebut, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, skim itu diberikan kepada pengusaha yang mempunyai tanah milik persendirian sebagai alternatif untuk mengelakkan ketirisan dan kebocoran hasil kerajaan negeri.

“Seperti hari ini, kita telah menyerahkan sijil SPK kepada 49 pengusaha di Mukim Kechau (Lipis) dan Luit (Maran) yang mana tanah milik mereka mempunyai hasil mineral seperti emas dan bijih besi melibatkan kawasan seluas 4.05 hektar.

“Hasrat utama kerajaan negeri untuk memastikan mereka melombong secara sah di bawah penguatkuasaan serta pemantauan yang rapi oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG) selain memastikan aktiviti terbabit berjalan lancar, teratur dan mematuhi undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang (PKPP) di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuala Lipis di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak, Pegawai Eksekutif PKPP, Datuk Suhaimi Mohd Yunus, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi negeri, Datuk Seri Ir. Mohd. Soffi Abdul Razak dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli, Datuk Abd Aziz Mat Kiram.

Mengulas lanjut, Wan Rosdy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai berkata, Pahang merupakan negeri yang pertama merintis kebenaran untuk pelombong mengusahakan cari gali bahan mineral di tanah sendiri menerusi sijil SPK dan dikawal oleh peraturan tertentu.


Katanya, jika skim itu tidak wujud, kerajaan negeri akan berdepan kerugian ekoran aktiviti perlombongan secara haram termasuk pembabitan orang luar yang mencari keuntungan di tanah milik penduduk berkenaan seperti yang berlaku sebelum ini.

“Hal ini juga akan berlaku pengusaha melombong secara senyap tanpa pengetahuan kerajaan malahan hasilnya nanti dijual secara tidak sah.Jadi lebih baik kita ‘halalkan’ dengan pemantauan yang rapi.

“Aktiviti perlombongan secara sah ini juga memberi pendapatan kepada pemilik tanah selain kerajaan negeri dapat mengutip cukai hasil atau daripada lesen tersebut,” ujarnya.

Wan Rosdy turut menyeru orang ramai yang memiliki tanah milik persendirian mempunyai hasil bumi seperti emas dan bijih agar dapat tampil membuat permohonan secara sah kepada agensi berkaitan.

“Semua kegiatan perlombongan perlu mendapat kelulusan kerajaan negeri dan mereka yang berhasrat melakukan aktiviti itu perlu membuat permohonan serta harus memenuhi syarat ditetapkan,” ujarnya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori