Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Mahkamah Rayuan Kekal Pembebasan...

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan pembebasan ahli perniagaan, Noor Jan Tuah...

CCRIS Penganiayaan Kepada Peminjam...

SHAH ALAM - Pemuda Pas memandang serius terhadap nasib 1.25 juta peminjam Perbadanan...

Industri Pos & Kurier...

SHAH ALAM - Perubahan besar atau revolusi yang berlaku dalam industri pos dan...

Dr Zakir Keluar Kos...

KUALA NERUS - Kerajaan Negeri Terengganu tidak mengeluarkan perbelanjaan besar untuk membawa tokoh...

PAS Sokong Ismail Sabri Calon PM

PETALING JAYA : Pas menyokong keputusan UMNO mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, parti itu yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri ketika ini.

“Pas menyambut baik keputusan UMNO mencadangkan Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri pada PRU15.

“Kepemimpinan Ismail Sabri terbukti berjaya mewujudkan kestabilan serta iklim politik yang baik dan harmoni di negara ini,” kata beliau dalam kenyataan semalam.

Semalam Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebulat suara menamakan Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi PRU15.


Keputusan itu mendapat sokongan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hassan.

Takiyuddin berkata, parti itu mendukung kebaikan kerjasama bipartisan sehingga termetera memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan dan pembangkang.

“Pendekatan ini pastinya akan terus disokong oleh semua pihak atas dasar bipartisan demi kebaikan negara.

“MoU itu berkuat kuasa dari tarikh ditandatangani dan terpakai sehingga pembubaran Parlimen ke-14,” kata beliau.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori