Tuesday, December 17, 2024

Creating liberating content

Berjaya Rampas Takhta, Azizulhasni...

‘Pocket Rocket Man’ Azizulhasni Awang akan menyertai Kejohanan Trek Dunia di London, Britain...

Mayat Warga Indonesia Lemas...

SHAH ALAM - Mayat seorang lelaki warga Indonesia yang lemas ketika menjala ikan...

Berus Babi Dipulang Kepada...

KUALA LUMPUR - Berus cat daripada bulu babi yang dirampas akan dikembalikan kepada...

Masalah Kelewatan Pengurusan Bagasi...

PUTRAJAYA - Masalah pengurusan bagasi yang menyebabkan kelewatan jadual penerbangan sektor pagi di...

Pasangan Dicekup Selepas Seminggu Curi Gelang RM10,000

KUALA PILAH – Sepasang kekasih yang sebelum ini bertindak melarikan seutas gelang emas RM10,000 dari sebuah kedai hanya sempat bersuka ria selama seminggu sebelum dicekup malam tadi.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Pasangan berusia 21 dan 24 tahun itu ditangkap pada pukul 11.30 malam di sekitar Pudu di Kuala Lumpur oleh sepasukan polis Kuala Pilah.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd. Ghani berkata, suspek dipercayai telah menggadaikan gelang emas seberat 36.76 gram itu.

“Kita turut merampas sebuah motosikal jenis Yamaha NVX, beberapa helai pakaian yang dipercayai digunakan pada hari kejadian, resit pajak gadai, sejumlah wang tunai dan tiga buah telefon bimbit.


“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tempoh boleh sampai 10 tahun dan boleh dikenakan denda,” katanya dalam satu kenyataan.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang wanita melarikan barang kemas tersebut ketika menyamar sebagai pelanggan di sebuah kedai emas di Pekan Kuala Pilah Jumaat lalu.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori