Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Kepala Diserkup Sarung Bantal,...

BUKIT MERTAJAM - Misteri bau busuk dari sebuah rumah di Flat Taman Pauh...

Video: Iklan Lelaki Kulit...

IKLAN strategi pemasaran sebuah jenama sabun tempatan yang menampilkan wanita 'mencuci' seorang lelaki...

Liverpool Hilang Seorang Pemain...

LIVERPOOL bakal berdepan krisis pertahanan selepas seorang daripada pemian utamanya perlu direhatkan selama...

Nelayan Pukat Tunda Pantai...

KUANTAN - Kira-kira 300 nelayan Pukat Tunda Musim Tengkujuh (PTMT) di pantai timur...

Paxlovid Sebagai Ubat Antiviral Rawatan Covid-19

PETALING JAYA – Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) pada 3 Mac 2022 telah meluluskan pendaftaran secara bersyarat Paxlovid sebagai ubat antiviral bagi rawatan Covid-19.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ubat Paxlovid mengandungi dua bahan aktif iaitu PF07321332/Nirmatrelvir dan Ritonavir dalam sediaan dua tablet yang berbeza.

“Ubat ini bertindak untuk mengurangkan kemampuan replikasi SARSCoV-2 seterusnya membolehkan sistem pertahanan badan untuk melawan jangkitan serta penggunaan Paxlovid merupakan satu lagi inisiatif kerajaan bagi melawan Covid-19 secara percuma.

“Penggunaan ubat Paxlovid hanya ditawarkan di fasiliti kesihatan kerajaan iaitu Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) dan hospital Kerajaan, pendekatan rawatan ini adalah berdasarkan kajian keberkesanan dan bukti saintifik terkini yang dijalankan di peringkat antarabangsa,” katanya dalam sidang akhbar khas hari ini.


Tambahnya, penghantaran fasa pertama ubat tersebut yang dapat menampung rawatan bagi 48,000 pesakit telah tiba di Malaysia pada 9 April 2022 dan kini dalam proses agihan ke fasilti kesihatan Kerajaan.

“Setakat ini, penghantaran telah dilakukan ke 14 lokasi di seluruh negara. Penghantaran ke dua lagi lokasi iaitu Sabah dan Sarawak akan dilakukan esok melibatkan 481 CAC Klinik Kesihatan dan 15 buah hospital kerajaan.

“Penggunaan ubat ini bukan bertujuan menggantikan vaksinasi serta pematuhan terhadap prosedur-prosedur operasi
standard (SOP) yang ditetapkan dalam mengawal penularan jangkitan Covid-19, vaksinasi tetap kekal sebagai senjata terbaik bagi memerangi Covid-19,” jelasnya.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori