Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

7 NGO Bergabung Tampil...

KUALA LUMPUR - Sebanyak tujuh Badan Bukan Kerajaan (NGO) bergabung bagi menghantar tiga...

Lelaki Tembak Diri Sendiri...

KEGEMBIRAAN menyambut parti hari jadi bertukar menjadi sebaliknya apabila seorang lelaki telah menembak...

Netizen Kutuk Muhyiddin Mahu...

ALAHAI.... Belum cukup sebulan berkuasa, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dilihat makin 'melalut' dalam...

Acah-Acah Jadi Penerjun, Remaja...

AKIBAT demam Olimpik yang melanda seluruh dunia, seorang remaja berusia 17 tahun dari...

Pelanggan Sukar Dapat Telur

JOHOR BAHRU: Minyak masak peket bersubsidi dan telur antara bahan mentah utama yang habis dan sangat kurang di beberapa kedai di sini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Tinjauan dilakukan di pasar raya sekitar Pandan,Tampoi dan Iskandar Puteri mendapati kebanyakan pasar raya sudah kehabisan minyak masak peket bersubsidi, selain tepung gandum sekilogram (kg).

Rak telur juga dilihat hampir kosong dan tidak banyak stok.

Peniaga meletakkan notis setiap pengguna hanya dibenarkan membeli dua papan telur gred C dan E, manakala telur gred lain tiada stok.

Kakitangan pasar raya juga tidak pasti tarikh penghantaran seterusnya bekalan minyak peket dan tepung gandum kerana urusan itu bergantung kepada pembekal. Seorang pengguna, Alias Mohamed, 44, berkata minyak peket yang habis di banyak lokasi menyebabkan beliau terpaksa membeli minyak lima kilogram yang lebih mahal.

“Sudah hampir dua minggu saya mencari minyak masak peket bersubsidi, namun banyak kedai yang menyatakan mereka sudah kehabisan stok.

“Saya terpaksa membeli minyak masak lima kilogram berharga RM29 sebotol bagi memastikan bekalan minyak keluarga tidak terputus.


“Bekalan telur juga amat berkurangan. Lihatlah harga telur gred C kini naik mendadak kepada RM14.50 sepapan, berbanding hanya RM10.50 sepapan sebelum ini. Saya sangat terbeban dengan kenaikan harga barang,” katanya.

Pelanggan yang mahu dikenali sebagai Imran, 35, berkata tepung gandum juga menjadi bahan mentah yang sukar diperolehi sejak bermula Ramadan lalu.

Katanya, beliau terpaksa membeli tepung yang digunakan bagi membuat kek yang lebih mahal, berikutan kekurangan bekalan tepung gandum biasa satu kilogram (kg).

“Saya tidak pasti sebab tepung gandum juga semakin kurang di pasaran. Mungkin mendapat permintaan lebih daripada biasa, termasuk pengusaha biskut hari raya.

“Dari minggu lepas, banyak kedai sudah kehabisan tepung gandum biasa. Sebaliknya, tepung gandum serba guna yang lebih mahal masih banyak di pasaran,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori