Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pelukis ‘Ucap Selamat Tinggal’...

PELUKIS jalanan warga Thailand mendakwa didatangi pihak polis susulan grafiti yang memaparkan Timbalan...

2 Ditahan Disyaki Rancang...

KUALA LUMPUR - Dua lagi individu termasuk seorang daripada penjawat awam ditahan selepas...

Brunei Potong B$2 Gaji...

BANDAR SERI BEGAWAN - Kejatuhan besar harga minyak mentah global sejak tahun lalu...

Kakitangan Awam Ditahan Jual...

KUALA TERENGGANU – Rahsia seorang kakitangan awam menjual ubat perangsang seks di laman...

Pelarian Rohingya Lolos Dikesan Berada Di Selayang

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) mengesan segelintir pelarian etnik Rohingya yang lari dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap, Kedah berada di sekitar Selayang.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, Imigresen kini sedang bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengenal pasti lokasi sebenar tahanan berkenaan untuk tindakan lanjut.

Menurut Khairul Dzaimee, pihaknya percaya pelarian yang masih bebas ini adalah mereka yang tahu selok belok di kawasan Pulau Pinang dan juga sekitar kawasan Kuala Lumpur.

“Kita percaya mereka ini tahu tempat di sini kerana pernah bekerja dan berada di sini sebelum ini.

“Terdapat komuniti mereka di sini dan ini adalah kemungkinan yang tinggi bagi membantu pelarian terbabit melarikan diri,” katanya kepada pemberita selepas serbuan Imigresen di Pasar Borong Selayang dan Pasar Borong Kuala Lumpur, di sini pada Khamis.

Tambahnya, Imigresen bersama PDRM kini sedang giat memburu 61 pelarian yang masih bebas.


Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi, 20 April lalu, seramai 528 tahanan etnik Rohingya dilaporkan melarikan diri dari depot tahanan sementara itu dengan memecahkan pintu blok dan jeriji penghadang.

Enam daripada mereka maut dalam kemalangan ketika cuba melintas jalan raya di Kilometer 168 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Susulan itu, Polis Kedah telah melancarkan Op Kesan bagi mengesan baki pelarian Rohingya yang melarikan diri selain Op Tutup dengan empat sekatan jalan raya dibuat di Seberang Perai Selatan, empat di Bandar Baharu dan lima di Kulim, Kedah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 223/224 dan 147 Kanun Keseksaan.

Untuk info, depot terbabit disewa sejak tahun lalu dan boleh menampung kapasiti hingga 700 tahanan, dengan dikawal ketat oleh anggota Imigresen serta Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori