Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

“Imej Rambut Toncet Pasha...

VOKALIS kumpulan Ungu, Pasha kini sudah bergelar ahli politik yang paling terkenal di...

Hari Kopi Vietnam Pertama...

HANOI - Buat julung kalinya, Hari Kopi Vietnam akan diadakan di dataran tinggi...

Singapura Sahkan 24 Kes...

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) mengesan 24 kes Omicron yang disahkan di republik...

BN Sedang Teliti Calon...

BAGAN DATUK: Calon yang akan mewakili Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di 56...

Peluncur Udara Maut, Ditemukan Tersangkut Pokok Balak

HULU SELANGOR: Seorang lelaki warga Pakistan maut selepas mengalami kecederaan ketika melakukan aktiviti luncur udara (paragliding) di Bukit Batu Pahat, Kuala Kubu Bharu, di sini, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Mangsa, Mohammad Farhad Khalid, 44, disahkan meninggal dunia pada jam 8.21 malam ketika dalam perjalanan dihantar ambulans ke Hospital Kuala Kubu Bharu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata terdahulu mangsa didapati patah kaki dan mengalami pendarahan selepas ditemukan tersangkut di pokok balak pada ketinggian 12 meter (m) di tepi cerun bukit, kira-kira jam 4.50 petang tadi.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.56 petang, sebelum sepasukan tujuh anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi.

“Menurut laporan awal, akses ke pokok balak itu melalui trek ‘hiking’ sejauh 100m dari tapak ‘take off’ Bukit Batu Pahat.

“Setiba pasukan di tempat kejadian, mangsa yang mengalami kecederaan didapati tidak sedarkan diri, dan usaha menurunkannya dari pokok dilakukan segera,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Norazam berkata, pasukan mengambil masa kira-kira dua jam untuk menurunkan mangsa dari pokok balak terbabit.

Malah, beliau berkata, penduduk Orang Asli dari sekitar kawasan kejadian turut membantu usaha pihak bomba itu.

“Mereka memanjat pokok balak dan mengikat mangsa menggunakan ‘webbing paragliding’ bagi mengelakkan mangsa terjatuh,” katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudian dikejarkan ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori