Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

7 Maut, 16 Dimasukkan...

KUALA LUMPUR - Sebanyak tujuh lelaki maut manakala 16 lagi dimasukkan ke hospital...

PKNS Komited Bina Rumah...

Rumahku syurgaku. Ungkapan ini jelas menunjukkan betapa pentingnya rumah dalam kehidupan individu juga...

Pasukan Peronda Sukarela Pulau...

JABATAN Pendaftaran Pertubuhan Malaysia mengesahkan Pertubuhan Pasukan Peronda Sukarela Pulau Pinang (PPS) adalah...

“Hadiah Buat Pembaca” –...

JIKA anda merupakan peminat setia novel hasil penulis thriller No.1, Ramlee Awang Murshid, anda...

Pemberian Khas Sabah Dinaikkan

PETALING JAYA : Amaun pemberian khas baharu kepada Sabah dinaikkan sebanyak 4.7 kali ganda daripada RM26.7 juta kepada RM125.6 juta bagi 2022 manakala jumlahnya meningkat setiap tahun bagi tempoh 2023-2026 mengikut kadar kenaikan dipersetujui bersama.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Kenyataan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor memaklumkan, persetujuan itu adalah hasil kata sepakat berhubung kajian semula pemberian khas kepada Sabah di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan hari ini antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah.

Katanya, perkembangan itu susulan beberapa perbincangan dan rundingan yang diadakan Kementerian Kewangan dan Kerajaan Negeri Sabah dengan kebanyakan terma dipersetujui pada 14 Februari lalu.

“Persetujuan ini adalah satu petanda penting memandangkan kali terakhir kajian semula itu dibuat adalah pada 1969,” ujar kenyataan bersama itu.

Selain itu, kata sepakat tersebut membawa perkembangan dengan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah terus berunding berhubung tuntutan 40 peratus daripada hasil Sabah dan menjalankan kajian semula pemberian khas di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan untuk mendapatkan suatu amaun pemberian khas baharu.

Menurut kenyataan itu, langkah tersebut agar dapat mengimbangi keperluan Sabah tanpa menjejaskan kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan.

“Sekiranya suatu amaun baharu dipersetujui oleh kedua-dua pihak berjaya dicapai sebelum tahun 2026, maka amaun baharu tersebut diguna pakai untuk menggantikan bayaran pemberian khas kepada negeri Sabah bermula 2022,” kata kenyataan itu.


Selain itu, kenyataan memaklumkan, persetujuan tersebut adalah tanpa prejudis terhadap kewajipan dan hak Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah untuk meneruskan kajian semula pemberian khas di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan dengan mengambil kira kedudukan kewangan Pusat serta keperluan kerajaan negeri berhubung kos perkhidmatan negeri.

Kata kenyataan sama lagi, Kerajaan Negeri Sabah berhak, bergantung kepada formula asal seperti dinyatakan dalam Perkara 112C dan Bahagian IV Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan.

“Pelaksanaan kajian semula pemberian khas ini termasuk hak kedua-dua Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah untuk merujuk perkara itu kepada penaksir bebas (jika tiada persetujuan dicapai) seperti yang dinyatakan dalam Perkara 112D(6) Perlembagaan Persekutuan.

“Kedua-dua Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah akan membekalkan data dan maklumat mengenai kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan serta keperluan Kerajaan Negeri Sabah berhubung kos perkhidmatan negeri yang akan diambil kira dalam proses kajian semula pemberian khas tersebut,” ujar kenyataan itu.

Dalam pada itu, persetujuan dimeterai antara Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah melambangkan semangat Keluarga Malaysia selaras komitmen Pusat di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 kepada Sabah serta keprihatinan mereka terhadap peranan dan kemampuan Kerajaan Persekutuan untuk membawa pembangunan dan kesejahteraan kepada Sabah.

“Penghargaan kami kepada delegasi Kerajaan Persekutuan yang diketuai oleh Menteri Kewangan Malaysia dan delegasi Kerajaan Negeri Sabah diterajui oleh Menteri Kewangan II Sabah (Datuk Seri Panglima Masidi Manjun) dalam pencapaian bersejarah ini,” katanya.

-Utusan Malaysia

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori