Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Kementerian Kewangan Lulus Kontrak...

KUALA LUMPUR - Ketika kerajaan Pakatan Harapan (PH) lantang dengan pendirian melaksanakan tender...

Pelancong Tersangkut Di Pokok...

SUASANA di Batu Ferringhi dekat George Town, pada Isnin menjadi cemas apabila dua...

Meteorologi Keluarkan Amaran Cuaca...

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran cuaca berbahaya yang dijangka berlaku...

Tersedar Dari Bius, Gadis...

SEORANG gadis berusia 22 tahun dari utara Belfast, Ireland dibawa ke sebuah klinik untuk...

Pembersihan Sisa Banjir Selesai

SHAH ALAM : Operasi pembersihan pasca banjir dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) melibatkan fasa kedua di kawasan-kawasan terjejas di negeri ini dilaporkan selesai sepenuhnya.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Pengarah Urusan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) Waste Management (KDEBWM), Ramli Tahir dalam satu kenyataan memaklumkan, kawasan-kawasan yang terlibat dalam fasa dua seperti Subang Jaya, Puchong, Kampung Sri Aman, Kampung Tengah, Kampung Sg. Baru, Kampung Kenangan, Sri Langkas, Taman Sri Muda, Taman Kinrara, Hulu Langat dan Klang.

“Dengan selesainya pembersihan fasa kedua ini yang melibatkan pembersihan longkang, jadual kutipan sisa pepejal telah pun berjalan seperti biasa.

“Sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan kutipan domestik dan pembersihan negeri Selangor, pengguna boleh menghubungi talian bebas tol KDEBWM di 1-800-88-2824,” katanya.

Terdahulu pihak KDEBWM dengan kerjasama 8 PBT di seluruh negeri telah memulakan operasi pembersihan selepas banjir besar melanda beberapa kawasan di negeri ini.


Antara kawasan yang terlibat adalah Seri Muda, Padang Jawa, Puchong, Hulu Langat, Klang dan Kuala Selangor.

Ramli berkata, orang ramai juga boleh membuat aduan demikian dengan memuat turun aplikasi iClean Selangor di Apple AppStore atau Google PlayStore.

Katanya, KDEBWM bersama-sama kerajaan negeri serta PBT akan terus memberikan segala usaha dan komitmen dalam mendepani sebarang kemungkinan yang berpotensi berlaku di Selangor.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori