Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

AADK Guna Pemain Bola...

ALOR SETAR - Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) akan melantik pemain bola sepak...

Legenda Muzik Country Glen...

WASHINGTON DC - Legenda muzik country Amerika Syarikat, Glen Campbell, yang cukup popular...

Disebabkan Hobinya, Gadis Ini...

Kathryn DiMaria, gadis yang baru berusia 14 tahun ini tidak seperti rakan-rakan sebayanya...

Farid Agresif Dan Menjerit-Jerit...

PETALING JAYA - Seorang anggota polis memberitahu Mahkamah Majistret di sini, hari ini...

Pengumuman Kuota Haji Petang Ini

KUALA LUMPUR : Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad akan mengadakan LIVE Facebook berhubung pengumuman kuota bagi bilangan jemaah haji pada Tahun 2022, pada jam 2.30 petang ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Dalam kiriman di Facebook, Idris berkata, selepas dua tahun penangguhan ibadah haji akibat pandemik COVID19, beliau berharap pengumuman itu akan menjadi berita gembira untuk rakyat negara ini.

“Ikuti LIVE (siaran langsung) di page saya nanti,” katanya.

Sebelum ini, Idris dilaporkan berkata kerajaan berharap kuota jemaah haji Malaysia ditambah sekiranya Arab Saudi membenarkan negara luar menunaikan ibadat itu tahun ini.

Katanya, setakat ini belum ada mana-mana negara diberikan kuota haji untuk tahun ini berikutan penularan wabak COVID-19.

“Harapan kita sudah tentu menginginkan supaya kuota haji untuk jemaah Malaysia ditambah.


“Semua negara pun mengharapkan perkara sama, …saya ada terjumpa rakan dari Indonesia baru-baru ini, mereka juga mahukan perkara sama,” katanya.

Ditanya mengenai kos haji, Ahmad berkata, perkara itu akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Beliau juga dilaporkan berkata, persediaan untuk jemaah haji Malaysia menunaikan ibadah itu tahun ini sudah sedia dan kini hanya menunggu pengumuman kuota haji oleh kerajaan Arab Saudi.

Persediaan berkenaan termasuk logistik, penginapan hotel dan kemudahan lain dan menunggu kuota haji negara ini diumumkan.

“Sekiranya dapat tahu jumlah kuota haji, kerajaan juga dapat melakukan persediaan untuk tahun hadapan,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori