Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Hati-Hati Strategi PH Pancing...

Barisan Nasional (BN) perlu berhati-hati dengan gerak kerja agresif Pakatan Harapan (PH) sedang...

ā€œIsu Integriti Dan Ketelusanā€

1. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia tertarik dengan beberapa laporan mengenai kesahihan latar belakang...

14 Anggota, Pegawai Polis...

Kuala Lumpur : Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan sekurang-kurangnya 14 anggota dan pegawai...

Budak Lelaki 8 Tahun...

NASIBƃā€šĆ‚Ā malang yang menimpa kanak-kanak berusia 8 tahun, David Spisakƃā€šĆ‚Ā sangat menyedihkan apabila didapati menghidap...

Penjawat Awam P.Pinang Dapat Setengah Bulan Gaji Bantuan Khas Raya

Kerajaan Pulau Pinang hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,200 kepada anggota perkhidmatan awam negeri itu, sempena Aidilfitri nanti.

Ikuti Mynewshub:Ā Facebook,Twitter,Ā TikTok,Ā Telegram,Ā Instagram

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata pemberian bantuan khas itu diluluskan pada Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri semalam dan pembayaran akan dibuat pada 27 April ini sebagai persediaan untuk menyambut Syawal, awal Mei nanti.

“Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran BBK sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,200 kepada 7,114 anggota perkhidmatan awam negeri itu.

“BKK itu juga dipanjangkan kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Badan Berkanun Negeri,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya BKK sebanyak RM300 masing-masing turut disalurkan kepada penyelia dan guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru sekolah rendah agama rakyat (SRAR), guru sekolah menengah agama rakyat (SMAR), kakitangan SRAR, SMAR serta sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) dan guru serta kakitangan sekolah persendirian Cina negeri Pulau Pinang.

Chow berkata BKK sebanyak RM200 turut diberikan kepada guru tahfiz, guru pondok serta guru tadika Islam (TADIS).

Katanya pemberian bantuan itu membabitkan implikasi kewangan dianggarkan berjumlah RM7.35 juta kepada kerajaan negeri.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori