Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Pengguna KLIA Dan KLIA2...

PENUMPANG yang menggunakan perkhidmatan di KLIA dan KLIA 2 dinasihatkan hadir awal untuk...

Samsung Lancar Edisi Terbaharu...

KUALA LUMPUR - Samsung Malaysia Electronics (SME) hari ini melancarkan telefon pintar Samsung...

Kebakaran Musnahkan Rumah 3...

MARAN - Bagai sudah jatuh ditimpa tangga.Itulah yang dialami anak peneroka, Saiful...

RM50.6 Juta Dibelanja Untuk...

KUANTAN - Sebanyak RM50.6 juta peruntukan bantuan telah dibayar kepada golongan orang kelainan...

Perlis Benarkan Jemaah Bersalaman

ARAU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) membenarkan jemaah solat, termasuk solat sunat Aidilfitri nanti, untuk bersalaman.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, bertitah perbuatan bersalaman dalam kalangan jemaah solat itu dibenarkan mulai 1 Mei depan.

“Namun, jemaah diminta mematuhi SOP seperti memakai pelitup dan hendaklah sentiasa mencuci atau membersihkan tangan,” titah baginda dalam satu kenyataan kepada media, hari ini.

Baginda yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah, selain itu semua aktiviti pengimarahan seperti kuliah, ceramah termasuk jamuan makan juga dibenarkan, malah aktiviti sosial lain seperti majlis perkahwinan, jamuan, gotong royong, majlis berbuka puasa, iktikaf dan sebagainya turut dibenarkan, selagi ia mematuhi SOP.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah, solat sunat Aidilfitri di negeri ini digalakkan untuk dibuat ditanah lapang pada jam 8 pagi seperti yang dilaksana sebelum ini, dan pemilihan tapak tanah lapang adalah tertakluk kepada ketetapan oleh Jawatankuasa Kariah Masjid masing-masing.


“Pelaksanaan Solat Aidilfitri di mana-mana surau dan dewan tanpa kelulusan pihak berkuasa masih tidak dibenarkan.

“Walaubagaimanapun, pihak Jawatankuasa Kariah boleh mempertimbangkan penggunaan ruang dalam masjid sekiranya terdapat keperluan bergantung kepada ruang dan bilangan jemaah yang hadir,” titah baginda.

Baginda bertitah, selaras dengan SOP berkenaan juga, jemaah termasuk kanak-kanak dibenarkan hadir untuk menunaikan solat dan menyertai aktiviti pengimarahan tanpa terikat dengan status vaksinasi.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori