Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Najib Ucap Takziah Kepada...

KUALA LUMPUR –  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga Anggota Dewan...

Perdana Menteri Minta Vietnam...

HANOI: Malaysia meminta Vietnam untuk mengambil tindakan konkrit segera supaya insiden pencerobohan nelayan...

Tiada Lagi Tindakan Ke...

IPOH - Tiada tindakan akan diambil terhadap pihak yang ingin menjatuhkan saya sebagai...

Penumpang Cerita Detik Awal...

BERDEPAN dengan insiden cemas seorang lelaki mengancam untuk meletupkan pesawat, pastinya menjadi 1001...

PH Mahu Sidang Kedua RUU Anti Lompat Parti Diumum Isnin Ini

Majlis Presiden Pakatan Harapan menuntut sidang khas kedua bagi meluluskan rang Undang-undang (RUU) antilompat parti ditetapkan pada Isnin ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Gabungan pembangkang terbesar itu juga menggesa menteri bertanggungjawab membentangkan pindaan perlembagaan berkaitan pada hari itu turut menyatakan dengan jelas di parlimen, apakah prinsip asas undang-undang yang bakal dibentang dan diluluskan.

Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan bersama pemimpin kanan keempat-empat parti komponen PH daripada PKR, DAP, Amanah dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) sebentar tadi.

“Pakatan Harapan percaya dengan meluluskan pindaan perlembagaan dan RUU antilompat parti, kepercayaan rakyat terhadap proses pilihan raya dan demokrasi berparlimen akan dapat mula dipulihkan,” kata mereka.


PH juga mengulangi pendirian bahawa meluluskan RUU itu merupakan antara syarat utama dalam perjanjian persefahaman (MOU) mereka dan kerajaan.

Mereka berkata perkara itu telah ditegaskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang melibatkan wakil kerajaan dan PH semalam.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori