Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Pejabat JPN Di UTC...

PUTRAJAYA - Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di semua Pusat Transformasi Bandar (UTC)...

Kerajaan Akan Naik Taraf...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menaik taraf talian elektrik di Sabah untuk meningkatkan...

Tiada Upacara Angkat Sumpah...

KUALA LUMPUR – Tiada upacara mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri diadakan di Istana...

’16 Tahun Dah Berani...

BUKAN senang tau jadi public figure ni sebenarnya. Macam-macam benda kena hadap, kadang-kadang...

Polis Buru Baki Seorang Lagi Banduan Larikan Diri

JELEBU : Polis kini memburu baki seorang lagi banduan tahanan reman yang masih bebas selepas melarikan diri dari Penjara Jelebu, di sini, Ahad lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Maslan Udin berkata, setakat ini, daripada keseluruhan tujuh banduan yang melarikan diri, enam daripadanya ditangkap semula.

Ini termasuk tiga orang yang ditangkap malam semalam di kawasan semak Jalan Purun, Kuala Klawang, dekat sini.

“Pada 12 April lalu lebih kurang pukul 10 malam, berpandukan maklumat awam pasukan mengesan terdiri daripada polis dan Jabatan Penjara membuat tangkapan ke atas tiga lagi banduan reman yang melarikan diri daripada Penjara Jelebu.


“Tangkapan dibuat di kawasan semak Jalan Purun, Kuala Klawang. Operasi mengesan seorang lagi banduan masih diteruskan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan seramai tujuh banduan tahanan reman mahkamah melarikan diri dari Penjara Jelebu pada awal pagi Ahad lalu.

Maslan menambah, ketiga-tiga tangkapan terbaharu tersebut dibawa ke Mahkamah Jelebu untuk permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan telah diluluskan empat hari sehingga 16 April ini.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori