Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Bapa Gigit Kaki Buaya...

SEORANG bapa nekad bergelut dan menggigit kaki buaya selepas haiwan ganas itu mengheret...

PRU-15: Pertembungan Lapan Penjuru...

Bangi : Kerusi Parlimen Bangi menyaksikan pertembungan lapan penjuru pada Pilihan Raya Umum...

Tidak Benar Malaysia Bakal...

PUTRAJAYA - Dakwaan bahawa Malaysia akan menjadi bankrap berikutan kejatuhan nilai ringgit dan...

I-Guru Pertimbang Rayuan Keputusan...

KUALA LUMPUR : Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru) akan mengadakan perbincangan dengan pelbagai...

Polis Buru Penunggang ‘Tik Tok’

PORT DICKSON: Polis sedang mengesan seorang penunggang dalam video yang tular menunjukkan aksi melepaskan tangan sambil menari atas motosikal.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Kejadian berlaku di Kilometer (KM 16 hingga 17 di Lebuhraya Seremban-Port Dickson sebelum susur keluar Springhill.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, berkata, polis mengesan kejadian itu menerusi rakaman video berdurasi 39 saat yang dimuat naik di laman sosial Facebook.

“Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson selepas membuat semakan lanjut, mendapati video ini dirakam menggunakan aplikasi Tik Tok dengan pemilik akaun goodymy_official pada 25 November tahun lalu.

“Video itu kemudiannya ditularkan semula pada semalam (Sabtu) di medial sosial Facebook,” katanya dalam satu kenyataan, petang tadi.


Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu untuk menyalurkan maklumat kepada BSPT IPD Port Dickson.

“Polis juga menyeru individu dirakam dalam aksi itu untuk menyerah diri dengan segera,” katanya.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 336 Kanun Keseksaan.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori