Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tanggungjawab Semua, Kebersihan Tandas...

IPOH - Tanggungjawab menjaga kebersihan tandas awam termasuk di masjid dan surau di...

Jualan Akhir Tahun Meriah,...

Jualan akhir tahun yang sedang berlangsung begitu meriah kali ini apabila pengguna mengambil...

Peru Pohon AS Ekstradisi...

LIMA - Jabatan kehakiman Peru pada Rabu meminta Amerika Syarikat (AS) mengamalkan sifat...

Cederakan Buruh Pakistan, Papa...

KUALA LUMPUR - Penulis blog terkenal, Papa Gomo yang mengaku bersalah atas tiga...

Polis Buru Wanita Larikan Gelang Emas

KUALA PILAH : Polis memburu seorang wanita yang dipercayai melarikan seutas gelang tangan emas seberat 36.76 gram dari sebuah kedai emas di pekan Kuala Pilah, di sini petang semalam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd. Ghani berkata, pihaknya menerima laporan yang dibuat oleh seorang wanita yang merupakan jurujual barang kemas kedai tersebut sekitar pukul 8.18 malam semalam.

Jelasnya, jurujual tersebut memaklumkan kira-kira pukul 3.45 petang, seorang wanita berbadan gempal, berwarna kulit sawo matang dan berusia dalam lingkungan umur 30-an melarikan seutas gelang tangan emas.

“Suspek telah dibantu oleh seorang lelaki disyaki menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha NVX berwarna merah, tanpa nombor pendaftaran.

“Mangsa telah menganggarkan jumlah kerugian lebih kurang RM10,000. Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Ujar Amran, siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung dengan kes berkenaan.

Sehubungan itu, polis memohon mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan.

“Sekiranya terdapat sebarang maklumat, orang ramai boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah, di talian 06-484 2999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran,” katanya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori