Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ribut Petir, Hujan Lebat...

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat...

Menteri UMNO Kekal Untuk...

PUTRAJAYA - Menteri daripada UMNO kekal dalam Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk...

Ta’awun PAS-UMNO Mimpi Ngeri...

KUANTAN - Kejayaan PAS-UMNO memenangi siri Pilihan Raya Kecil (PRK) menerusi ta’awun menjadi...

Beberapa Laman Diwujudkan Di...

SUSULAN kemarahan netizen terhadap kelab dan individu yang menyebabkan tiga sekeluarga termasuk bayi...

Polis Tahan Wanita Pandu Lawan Arus, Positif Dadah

JOHOR BAHRU : Seorang wanita ditahan polis kerana memandu secara melawan arus sehingga berlaku kemalangan jalan raya membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 16, Jalan Johor Bahru – Ayer Hitam di sini, semalam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid berkata, kemalangan pada pukul 1.45 pagi itu dipercayai berpunca daripada tindakan suspek yang memandu kenderaan jenis Toyota Vios secara melawan arus.

Katanya, suspek warga tempatan berusia 30 tahun itu melanggar bahagian hadapan dan sisi kanan sebuah Proton Saga.


“Siasatan awal dibuat terhadap suspek mendapati dia positif dadah jenis amphetamine. Kemalangan berkenaan bagaimanapun tidak melibatkan kecederaan mana-mana pihak.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 45 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu di bawah pengaruh dadah dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori