Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

TPM Beri Bayangan PRU14...

BAGAN DATUK - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi...

Penjawat Awam, Pesara Perlis...

KANGAR - Penjawat awam di Perlis akan menerima bayaran khas RM1,500 manakala pesara...

Kempen BN Di Langkawi...

LANGKAWI - Kempen Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di...

Pergiat Usaha Untuk Raih...

SEPANG – Kementerian Sumber Manusia akan terus mempergiatkan usaha dan melaksanakan pelbagai strategi...

Pusat Sehenti Khas Segerakan Proses Lulus Permohonan Dapatkan Pekerja Asing

KUALA LUMPUR : Kementerian Sumber Manusia (KSM) menubuhkan satu Pusat Sehenti (OSC) Khas bagi menyegerakan proses kelulusan permohonan mendapatkan pekerja asing.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Menurut kementerian itu dalam satu kenyataan, hari ini, pusat terbabit mula beroperasi pada 18 April lalu di mana kapasiti harian pemprosesan permohonan telah ditingkatkan dan masa operasi turut dipanjangkan.

Katanya, ia selaras keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 April lalu yang bersetuju KSM menubuhkan OSC Khas bagi tujuan itu.

“KSM komited meningkatkan kapasiti operasi harian bagi mempercepatkan proses kelulusan kuota pekerja asing.

“Ini termasuklah penambahan waktu bekerja hingga Sabtu dan Ahad bagi memastikan keperluan mendesak industri terhadap guna tenaga asing dapat dipenuhi segera,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, KSM memahami bahawa isu pekerja asing adalah sangat kritikal, sekali gus mengingatkan semua majikan agar mengemukakan permohonan secara dalam talian dengan lengkap berserta semua dokumen berkaitan.


“Majikan yang permohonan mereka ditolak sebelum ini, boleh mengemukakan semula permohonan untuk diberikan pertimbangan sewajarnya,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Majlis Pemulihan Negara (MPN) mahu proses kelulusan permohonan mendapatkan pekerja asing, disegerakan bagi menampung keperluan mendesak terhadap tenaga kerja berkenaan.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dipetik berkata ia boleh dilaksana dengan mengurangkan kerenah birokrasi, dan mempermudah serta menambah baik proses kelulusan permohonan itu yang diterima daripada industri.

Muhyiddin berkata, mesyuarat MPN pada 14 April lalu dimaklumkan hanya 163 daripada 4,561 permohonan kuota pekerja asing sudah diproses, walaupun kerajaan pada 15 Februari lalu memberikan kebenaran semula untuk permohonan pengambilan pekerja asing bagi semua sektor.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori