Peguam Shahril nafi bahawa Shahril menerima imbuhan RM1.1 bilion.
Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram
Surat tuntutan kepada Rafizi menjelaskan jumlah keseluruhan imbuhan yang diperolehi Shahril antara 2013 dan 2021 berjumlah RM486 juta, dan ia diberikan selepas beliau mencapai dan memenuhi petunjuk prestasi utama tertentu. Perkara ini diketahui umum, tambahnya.
Menurut surat itu lagi, imbuhan dibayar kepada semua pengarah eksekutif Sapura Energy, termasuk Shahril, berdasarkan keuntungan operasi yang mencerminkan prestasi pengurusan sebenar.
Laporan tahunan bagi tempoh tersebut juga menunjukkan keuntungan selepas cukai Sapura Energy dan kepentingan minoriti, tidak termasuk rosot nilai, berjumlah RM4.74 bilion berbanding hasil RM66.27 bilion.
Selain itu, beliau turut memainkan peranan dalam suntikan RM532 juta ke dalam Sapura Energy, ketika isu terbitan hak pada 2019.
(Erti kata lain ialah pengasas Sapura terima bayaran sebanyak RM486 juta berdasarkan untung syarikat sebanyak RM4.74 bilion dalam tempoh berkenaan tetapi juga terpaksa suntik semula RM532 juta ke dalam syarikat pada tahun 2019 apabila PNB menjadi pemegang saham terbesar Sapura)
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/04/19/rafizi-berdepan-risiko-saman-fitnah-tarikh-akhir-surat-tuntutan-tamat/?fbclid=IwAR2dJFjpUc8y0NF6uAMciU5oUOP7Fg9VJzOCS70JcXNibZnNkRScimnRMCk#l25i44wyqb9ydr4sex
-Mynewshub